-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR - Menonton Televisyen

Tiap-tiap hari kita dapat menonton berbagai-bagai rancangan dari televisyen. Di antaranya ialah tayangan gambar, drama, cerita katun, rancangan pendidikan, berita dan lain-lain lagi.

Saya suka menonton televisyen pada masa lapang. Biasanya saya menonton televisyen selepas habis membuat kerja sekolah. Rancangan yang paling saya gemari ialah cerita katun yang berjudul ‘Ninja Turtle’. Saya juga menonton rancangan berita untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negeri. Rancangan pendidikan juga telah banyak menolong saya dalam pelajaran.

Apabila menonton televisyen, janganlah kita duduk terlalu dekat dengan alat televisyen, supaya mata kita tidak akan rabun atau rosak.

Menonton televisyen juga merupakan satu hobi untuk menghiburkan hati. Tetapi janganlah kita terlalu asyik menonton televisyen sehingga mengabaikan pelajaran sekolah.
Back to Top