Contoh Karangan PT3
Satu Peristiwa Yang Tidak Boleh Dilupakan
Pada hari itu aku dan ibu pergi ke rumah nenek, ayah tidak dapat pergi bersama kerana bekerja. Rumah nenek lebih kurang lima belas kilometer dari rumahku. Cuaca hari itu agak mendung, namun kami pergi juga kerana ibu telah berjanji untuk makan tengah hari bersama nenek. Sebaik sahaja kami tiba di rumahnya, nenek sudah sedia menunggu kami di depan pintu.
Ibu terus ke dapur menolong nenek menghidang makanan. Aku pula duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Di luar, hujan mula turun dengan lebat. Sebaik sahaja makanan siap dihidangkan, aku, ibu dan nenek makan tengah hari dengan berselera sekali kerana asam pedas ikan pari yang dimasak oleh nenek memang sedap.
Selepas makan, kami duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Hujan di luar semakin lebat disertai angin kencang seolah-olah ribut mahu melanda. Aku mula berasa takut manakala nenek kelihatan agak cemas. Tiba-tiba terdengar bunyi petir berdentum dengan kuat dan serentak dengan itu bekalan elektrik terputus.
Nenek bingkas bangun lalu menyuruh ibuku membantunya mengemaskan barang- barang. Ketika itu, air sudah mulai memenuhi halaman rumah nenek. Lalu ibu dengan pantas memasukkan barang-barang penting dan bahan makanan ke dalam beg plastik dan meletakkannya di tempat yang tinggi. Aku pula menolong nenek mengangkat pakaian, kusyen-kusyen dan tilam ke atas almari.
Tiba-tiba ibu teringat akan kereta Kancil miliknya yang terletak di halaman rumah. Lalu ibu kelam-kabut mencari kunci kereta kerana dia hendak mengaiihkan keretanya ke tempat yang lebih tinggi. Semasa ibu ingin mendapatkan keretanya, tanpa diduga angin bertiup begitu kencang hingga menyebabkan bumbung zink rumah nenek tercabut lalu diterbangkan angin. Aku menjerit ketakutan apabila melihat sekeping daripada zink tersebut jatuh mengenai kepala ibuku.
Ibu jatuh tersungkur lalu nenek segera mendapatkan ibu dan memapahnya masuk ke dalam rumah. Aku ingin menelefon ayah tetapi talian telefon di rumah nenek telah terputus. Nenek menyuruh aku meminta bantuan daripada jiran-jiran yang berdekatan. Demi ibu tersayang, aku sanggup meredah hujan dan angin kencang untuk meminta bantuan walaupun dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan.
Jiran nenek, Pak Mat memanggil ambulans. Aku dan nenek sama-sama menaiki ambulans tersebut ke hospital. Aku bersyukur kerana ibuku selamat. Walaupun peristiwa ini telah berlaku beberapa tahun yang lalu, namun aku masih tidak dapat melupakan peristiwa ini terutama setiap kali hujan lebat turun.