Sekarang kalau parcel Poslaju ke alamat UPM akan dihantar ke ezibox KMR untuk collection. Posmen dah tak datang hantar ke pejabat. Ezibox KMR ni terletak di Kolej Mohamad Rashid (KMR). Kalau masuk gate KMR dah boleh nampak box tu, tepi pokok besar.
KMR dah cantik sekarang. |
Ezibox. Loker-loker di sebelah kiri untuk collection barang. Anda juga boleh drop barang yang ingin dipos menggunakan loker di bahagian kanan |
Mula-mula, kita akan dapat sms dari Poslaju memaklumkan yang parcel kita sudah diletakkan di ezibox. Dia bagi pin number sekali. Kita diberi masa 48 jam untuk collect parcel tu. Bila dah sampai di ezibox tu, di touch skrin:
1) pilih bahasa
2) pilih sama ada ingin membuat collection atau drop off barang
3) masukkan tracking number
4) masukkan pin number (diberi dalam sms)
5) masukkan nama & ic number
6) pilih sama ada mahukan resit dicetak atau die-mail
SMS yang diterima dari pihak Poslaju |
Lepas semua diisi, loker berisi barang anda akan dibuka - skrin akan paparkan nombor loker. Selesai! Once loker dah buka, sms akan dihantar menyatakan barang sudah diambil.
Loker terbuka sendiri jika maklumat betul dan lengkap |
Sebab first time, cuba lah print resit. Lepas ni boleh go paperless |
Senang kan? senang kalau sms diterima lah. Kali kedua parcel saya masuk ezibox, tak dapat sms pin number tu. Haru! Will update here once dah dapat solusi.
http://hanisyahida.blogspot.com/2017/08/ezibox-upm-kmr.html