-->

Type something and hit enter

Translate


On
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH (TINGKATAN 6)
(pesanan penting untuk pelajar)

Kepada lepasan SPM 2018 yang bakal mendaftar di tingkatan 6 esok, diucapkan selamat kembali semula ke sekolah setelah sekian lama bercuti. Kalaupun sedang menunggu tawaran lain, pergilah ke sekolah daripada duduk di rumah tak buat apa-apa yang berfaedah.

Bagi yang dah tekad dan nekad untuk berada di tingkatan 6 dan memduduki STPM, pastikan anda telah cukup bersedia dengan SATU(1) MATLAMAT & SEBAB untuk berada di tingkatan 6 dan menduduki STPM - TIDAK lain daripada matlamat untuk memperolehi keputusan STPM yang akan melayakkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti-universiti awam pilihan pelajar.

JADI......

1. Pastikan dah kenalpasti ijazah sarjana muda apa yang pelajar bercita-cita nak sambung dan di universiti mana

2. Kenalapasti apa syarat kelayakan ke ijazah tersebut; selain jika ada syarat di peringkat SPM

semuannya boleh disemak di epanduan UPU di
https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/

DAN
3. Pastikan anda akan mendaftar mengambil mata pelajaran yang ada dan menjadi syarat kemasukan ke program ijazah sarjana muda yang pelajar telah buat semakan bersama dengan syarat gred yang mesti dicapai dan juga syara pencapaian di peringkat SPM jika ada yang MESTI dipenuhi.

Kerana kesilapan kecil di dalam memilih mata pelajaran boleh membezakan program ijazah sarjana muda apa yang anda akan layak memohon. Dan mata pelajaran yang telah di daftar dari semester 1 pengajian tingkatan 6 tidak boleh ditukar lagi pada semester akan datang - pelajar kena 'bawa' mata pelajaran tersebut sehingga tamat pengajian tingkatan 6

Jangan sampai setelah mendaftar mengikuti pengajian sehingga tamat satu semester baru pelajar bertanya apakah bidang pengajian yang layak dipohon dengan mengambil mata-mata pelajaran tersebut

Jangan sampai sehingga anda mensia-siakan masa 2 tahun di STPM tanpa mendapat apa-apa yang memungkin anda akan kerugian masa yang lebih daripada itu sebagaimana yang saya pernah kisahkan di https://www.facebook.com/mustaffa.perundinghalatujupendidikan/posts/2164236293714865
Back to Top