Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2017. Hendak tahu status permohonan dan rayuan BR1M 2017 anda samada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BR1M 2017 secara online dan sebagainya. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon BR1M seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017/6.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa.
3. Semakan Melalui Telefon
Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 4 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BR1M 2016 :-
Berikut adalah status jawapan dari LHDN mengenai pembayaran BR1M 2016 yang masih belum dijelaskan.
* Tarikh permohonan baru dan kemaskini telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017
Sebagai makluman, senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016 adalah disertakan di bawah ini.
Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2017 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.
Semoga semua pemohon BR1M 2017 yang layak berjaya dalam permohonan dan rayuan anda.
Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2017
Semakan status BR1M 2017 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-1. Semak Online
- Boleh disemak di STATUS BR1M 2017. Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.
Status Permohonan
Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-- Diterima : Permohonan Telah Didaftar
- Dalam Proses : Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
- Ditangguhkan : Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
- Lulus : Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
- Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
- Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
2. Semakan Melalui e-Mail
- Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.
3. Semakan Melalui Telefon
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Borang Rayuan BR1M
Maklumat berkaitan permohonan rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa. Informasi dibawah yang dikongsikan ini adalah untuk Rayuan BR1M 2016.Borang Rayuan BR1M 2016 beserta panduan membuat rayuan bagi mereka yang gagal sila klik Rayuan BR1M 2016. Jumlah bayaran BR1M 2017 dinaikkan.
Semakan status Kelulusan Rayuan BR1M 2016 secara online atau manual boleh dibuat mulai minggu ketiga Jun 2016.
Pembayaran BR1M 2016 bayaran ketiga akan diawalkan ke 15 Jun 2016 (Rabu) dari 23 Jun sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan disambut pada 6 Julai 2016
Berikut adalah status jawapan dari LHDN mengenai pembayaran BR1M 2016 yang masih belum dijelaskan.
Harap maklum, pemprosesan atau pembayaran adalah secara berperingkat.Pemohon boleh melayari Facebook LHDN di LHDN Malaysia.
Nota
Dikongsikan dari FB LHDN, semakan status kelulusan BR1M 2016 secara online boleh dibuat mulai 28 Januari 2016. Difahamkan penerima BR1M tahun ini telah menerima pembayaran seawal 26 Januari 2016.Borang Permohonan BR1M 2017 Online
* Permohonan baru Online dan kemaskini BRIM tahun 2017 akan dibuka pada 5 Disember hingga 31 Disember 2016 di https://ebr1m.hasil.gov.my/* Tarikh permohonan baru dan kemaskini telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017
* Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
* Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma di link download di bawah ini
Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2017 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
Kemukakan Salinan:
- MyKad bagi pemohon
- MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.
Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia
1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200
- Daftar Borang eKasih
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016)
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)
2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 : 28 Januari 2016)
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM250 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)
3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (RM200 : 28 Januari 2016)
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM300 (RM200 : 28 April 2016)
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM300 (RM200 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (RM200 : 28 September 2016)
4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450
- Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016)
SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2017
BIL | NAMA BANK |
---|---|
1 | AFFIN BANK |
2 | AGRO BANK |
3 | ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD |
4 | AM BANK BERHAD |
5 | AL RAJHI BANK |
6 | BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD |
7 | BANK RAKYAT |
8 | MUAMALAT MALAYSIA BERHAD |
9 | BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) |
10 | CIMB BANK BERHAD |
11 | CITIBANK BERHAD |
12 | HONG LEONG BANK |
13 | HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD |
14 | MAYBANK |
15 | OCBC BANK |
16 | PUBLIC BANK BERHAD |
17 | RHB BANK BERHAD |
18 | STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD |
19 | UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD |
Semoga semua pemohon BR1M 2017 yang layak berjaya dalam permohonan dan rayuan anda.