-->

Type something and hit enter

Translate


On

Kalau takat duduk berdua tu memang rasanya tak berbaloi nak beli bahan mentah dan masak. Bukan apa, nanti confirm bahan mentah tu tak tahan lama dan cepat busuk. Takkan nak makan lauk yang sama tiap hari kan? Tapi nak buat macamana, beli sikit-sikit rugi. Tu yang selalu kita bini-bini ni beli sekali seikat.

Wanita ini kongsi tips sayur kekal segar walau hampir 3 minggu.

TIPS SAYUR KEKAL SEGAR.

Harini sy nak kongsi cara saya simpan sayur. Disebabkan saya ni agak malas hari-hari nak ke kedai beli sayur tambah-tambah lagi kedai runcit agak mahalkan. Sya dan suami akan k pasar borong selangor 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak. Percaya atau tidak semua sayur ni harga x sampai RM20 tau…Jimatkan kan kan..

Kami akan spend Rm150++ sahaja untuk barang basah bagi 2 k 3 minggu kegunaan. Eh panjang plak pengenalan jom2 kita pergi k tips simpan sayur segar berminggu-minggu.

1.Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.

2.Toskan selama beberapa minit.

3.Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.

4.Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tadaa siap.

Sangat senang, mudah dan jimat bagi saya sorang suri rumah x payah nak bazirkan masa dan minyak kereta lagi hari-hari nak ke kedai kan.




Sumber : Syikin Miskam via (MAHN), Impiana


Back to Top