-->

Type something and hit enter

Translate


On


Semakan Permohonan Kemasukan Ke UPSI Februari 2018
Secara Online – Makluman kepada pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Awam (UA). Permohonan kemasukan UPSI ke program Ijazah Sarjana Muda sesi Februari 2018 untuk Lepasan STPM/ Setaraf akan di buka bermula dari 9 Oktober 2017 (Isnin) selepas jam 500 petang.
Untuk makluman, sebanyak 28 program Ijazah Sarjana Muda ditawarkan untuk sesi kemasukan Februari 2018 bagi Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM dan setaraf.

Semakan Permohonan Kemasukan Ke UPSI Februari 2018

Permohonan Kemasukan Ke UPSI

Permohonan UPSI Online Sesi Februari

Berikut adalah maklumat penting berkaitan dengan Permohonan Kemasukan ke UPSI sesi Februari 2018. Tarikh Permohonan Dibuka : 9 Oktober 2017 selepas jam 5.00 petang Tarikh Permohonan Ditutup : 3 November 2017

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan STPM (atau setaraf); STAM(atau setaraf); Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (atau setaraf); Diploma (atau setaraf) melalui pengajian selama 8 semester (4 tahun) bagi mereka yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan (baca syarat di pautan yang disediakan di bawah):

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Program-program pengajian yang ditawarkan bagi sesi kemasukan UPSI Februari 2018 boleh dirujuk DI SINI .

Cara Membuat Permohonan

Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Laman Web UPSI (http://www.upsi.edu.my/online) bagi ambilan Februari. Pelajar-pelajar dikehendaki membeli BITARA ID IJAZAH (kata laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tel : +605 – 450 6000 Emel : ccd@upsi.edu.my atau Hotline : +605 – 450 6660/ 6661 Unit Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak.
Back to Top