Contoh Karangan UPSR - Buah-buahan Tempatan
Negara kita banyak mengeluarkan buah-buahan tempatan. Buah-buahan ini ada yang bermusim, iaitu seperti buah durian, langsat, duku, cempedak dan rambutan. Buah-buahan yang tidak bermusim ialah pisang, tembikai, betik, nanas, belimbing dan lain-lain lagi.
Buah-buahan tempatan sangat disukai oleh orang ramai. Harganya jauh lebih murah berbanding dengan buah-buahan import seperti buah epal, oren dan anggur. Buah-buahan tempatan mengandungi banyak zat yang berguna untuk kesihatan badan. Oleh itu kita patutlah banyak makan buah-buahan tempatan.
Di negara kita, ramai pekebun mengusahakan dusun. Pekerjaan ini mendatangkan keuntungan yang lumayan untuk mereka. Buah-buahan seperti pisang, bplimbing dan tembikai juga dieksport ke luar negeri. Nanas dan rambutan juga boleh dijadikan makanan tin.
Kita memang bertuah berada di Malaysia ini. Kita dapat menikmati buah- buahan yang sedap-sedap dalam sepanjang tahun.