Contoh Karangan PT3
Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih
Persengketaan yang terjadi dalam keluargaku amat mendukacitakan aku. Pak Long dan Pak Ngah sanggup bermasam muka hanya kerana harta peninggalan datuk. Punca persengketaan ini adalah disebabkan kedudukan tanah yang berlainan kawasan. Tanah bahagian Pak Long berhampiran jalan besar manakala tanah bahagian Pak Ngah pula terletak di hujung kampung.
Kedua-dua tanah tersebut ditanam dengan pokok kelapa sawit. Sama seperti tanah bahagian ayah, Pak Uda dan Mak Anjang. Ayahku berasa sedih dan dia tidak sanggup melihat kedua-dua orang abangnya bersengketa sedangkan datuk baru sahaja lima bulan meninggal dunia. Nenek berasa sungguh sedih dengan sikap kedua-dua anaknya itu.
Oleh itu, ayah, Pak Uda dan Mak Anjang berpakat untuk menyatukan semula keluarga kami. Mereka juga bersetuju untuk tidak memihak kepada Pak Long mahupun Pak Ngah. Aku sangat gembira dengan kesepakatan itu dan berdoa agar keluarga ayahku akan bersatu semula. Bagi menjayakan rancangan itu, mereka meminta nenek memanggil Pak Long dan Pak Ngah berkumpul di rumah peninggalan arwah datuk.
Pada hari yang telah ditetapkan, semua ahli keluarga ayah termasuk Pak Long dan Pak Ngah hadir di rumah nenek. Aku lihat mereka tidak bertegur-sapa mahupun bersalaman. Semasa berkumpul, nenek dengan linangan air mata menceritakan kesusahan datuk mengusahakan kebun kelapa sawit sehingga akhirnya kebun itu mengeluarkan hasilnya. Kemudian, nenek meluahkan rasa terkilannya kerana anak-anaknya bergaduh sesama sendiri semata-mata kerana kedudukan tanah sahaja.
Dari jauh aku lihat semua bapa saudara dan emak saudaraku tunduk mendiamkan diri. Aku tahu mereka amat faham dengan kata-kata nenek. Dengan suara yang sebak, nenek memohon agar anak-anaknya bersyukur dengan pembahagian harta pusaka tersebut dan jangan lagi bersengketa. Nenek berkata bahawa pembahagian tanah itu dibuat berdasarkan wasiat arwah datuk.
Sebaik sahaja selesai berkata-kata, tiba-tiba nenek berpura-pura sesak nafas dan terkulai lemah di kerusinya. Aku lihat Pak Long dan Pak Ngah segera memapah nenek ke katilnya. Keadaan menjadi cemas seketika dan tanpa diduga Pak Long dan Pak Ngah berpeluk-pelukan dan bermaaf-maafan. Kami yang menyaksikan kejadian itu berlinangan air mata kerana rasa gembira.