-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR - Jika Saya Seorang Jutawan

Di dunia ini, ramai orang sibuk mencari wang. Dengan adanya wang, kita boleh membuat apa yang kita suka. Jika saya seorang jutawan, saya mempunyai banyak rancangan.

Mulanya saya akan menyimpan sebahagian daripada wang saya di dalam bank. Dengan cara ini saya akan mendapat faedah. Jadi wang simpanan saya akan bertambah banyak dari semasa ke semasa.

Saya juga akan menderma wang kepada badan-badan kebajikan, seperti Rumah Kanak-Kanak, Rumah Orang Tua, hospital dan sebagainya. Saya berharap mereka yang kurang bernasib ini akan dapat hidup dengan bahagia. Saya juga akan menyediakan biasiswa untuk membolehkan murid-murid yang miskin melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan universiti.

Selain daripada itu, saya akan melawat ke negeri-negeri asing yang telah lama saya idam-idamkan.

Pendek kata, jika saya seorang jutawan, saya akan membelanjakan wang saya untuk kebaikan masyarakat dan negara.

Back to Top