Teknik Mengarang UPSR - Karangan Jenis Autobiografi
1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci.
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan
tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
perasaan - sedih atau gembira
5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6. paparkan nilai-nilai murni
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Aku Sebuah Basikal“.
Pengenalan
berasal dari Jepun
dibuat di sebuah kilang besi waja
terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2
disebut basikal dipamerkan
berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3
menaiki sebuah kapal dagang berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4
nasib malang
kapal karam
dijumpai oleh penyelam dijual sebagai besi buruk
Penutup
menjadi bahan terbuang
kesal kerana tidak dapat berbakti
Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit “. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian aku dan kawan -kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan -kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.