Contoh Karangan Keperihalan UPSR
Kawan Baik Saya
Rangka Karangan
Permulaan:
kita tidak boleh hidup seorang diri di dunia ini
Isi:
1. nama kawan baik saya dan tempat tinggalnya
2. rupa kawan baik saya dan kegemarannya
3. Lin Kon pintar dalam mata pelajaran Matematik
Penutup:
sentiasa bersyukur kerana mempunyai seorang kawan yang baik
Kita tidak boleh hidup seorang diri di dunia ini. Kita memerlukan kawan. Saya mempunyai ramai kawan. Kawan- kawan saya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India.
Di kalangan kawan saya yang ramai itu, ada seorang yang berkawan rapat dengan saya. Namanya Lin Kon. Dia sedarjah dengan saya. Rumahnya tidak jauh dari rumah saya.
Lin Kon tinggi lampai orangnya. Dia berkaca mata. Dia seorang yang lemah lembut dan suka bergurau senda dengan kawan-kawannya. Bapanya seorang jurutera elektronik. Lin Kon gemar membaca buku cerita dan majalah. Dia juga suka bersukan.
Lin Kon seorang murid yang bijak. Dia pintar dalam mata pelajaran Matematik. Guru darjah kami selalu memujinya. Akan tetapi dia tidak sombong. Dia suka menolong murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Lin Kon juga mahir menggunakan komputer. Dia selalu mengajar saya bagaimana menggunakan komputer.
Saya bersyukur kerana mempunyai seorang kawan yang baik seperti Lin Kon.