Contoh Karangan Keperihalan UPSR
Nenek Saya
Rangka Karangan
Permulaan:
umur nenek dan tempat tinggalnya
Isi:
1. nenek tinggal keseorangan di kampung, masih bercucuk tanam
2. selalu menasihati saya supaya rajin berusaha dan berjimat cermat
3. berkunjung ke rumah nenek pada masa cuti sekolah
Penutup:
nenek disanjung tinggi oleh semua ahli keluarga
Nenek saya berusia enam puluh tahun. Dia tinggal di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim.
Nenek tinggal seorang diri semenjak datuk meninggal dunia. Bapa sudah berkali-kali mengajaknya tinggal bersama kami tetapi nenek enggan. Sungguhpun nenek sudah tua, tetapi badannya masih sihat dan kuat. Dia masih bercucuk tanam di kebun sayurnya. Berbagai-bagai jenis sayur ditanamnya. Antaranya ialah sayur sawi, kangkung, bayam dan timun.
Nenek selalu menasihati saya supaya rajin berusaha dan berjimat cermat. Dia menasihati saya supaya bersifat jujur dan mencari rezeki yang halal. Nenek tidak pernah mengenal penat lelah. Baginya masa ialah emas. Oleh kerana usahanya yang gigih, dia telah dianugerahkan “Pekebun Cemerlang” oleh Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur, Kelantan Darul Naim pada tahun lalu.
Pada masa cuti persekolahan, saya berkunjung ke rumah nenek. Saya membantu nenek di kebun sayurnya. Saya suka mendengar cerita-cerita yang dikisahkan oleh nenek.
Nenek disanjung tinggi oleh semua ahli keluarga. Segala usaha dan nasihatnya dijadikan teladan hidup kami.