Contoh Karangan PT3
Kebaikan Mengikuti Kem Motivasi
Ibu bapa sering mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Terdapat sekolah yang menganjurkan kem motivasi kepada pelajar semasa cuti sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Pada pandangan saya, setiap pelajar wajar mengikuti kem motivasi tersebut. Terdapat beberapa kebaikan jika pelajar mengikuti kem motivasi.
Antara kebaikan mengikuti kem motivasi ialah pelajar akan mendapat semangat baru untuk belajar. Dalam setiap kem motivasi, pelajar akan dirangsang supaya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Pelajar akan diberi kata-kata motivasi seperti ‘Saya boleh!’ dan ‘Saya yang menentukan kejayaan saya!’. Pelajar juga akan diberikan kesedaran tentang kebaikan menjadi pelajar yang cemerlang dan tingginya harapan ibu bapa terhadap mereka.
Selain itu, pelajar yang menyertai kem motivasi juga akan mengetahui teknik belajar yang betul. Teknik belajar yang betul penting supaya peiajar dapat cepat mengingati kandungan pelajaran yang dibaca dalam jangka masa yang panjang. Pelajar juga akan diberi kesedaran tentang penggunaan dan pengurusan masa yang betul. Oleh itu, pelajar digalakkan membuat jadual belajar dan mematuhi jadual tersebut.
Kebaikan seterusnya mengikuti kem motivasi ialah pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Nilai-nilai murni ini dapat dipupuk secara langsung atau tidak secara langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai hormat-menghormati dan niiai kerajinan. Sesungguhnya dengan mengamalkan nilai kerajinan, pelajar boleh berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan juga kehidupan.
Di samping itu, pelajar juga akan mendapat kenalan baru apabila menyertai kem motivasi. Terdapat kem motivasi yang menggabungkan beberapa buah sekolah. Apabila mendapat kawan baru, mereka dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara. Pelajar juga dapat bertukar-tukar soalan peperiksaan yang mereka miliki.
Kebaikan lain menyertai kem motivasi ialah pelajar akan dapat menggunakan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Ramai pelajar cenderung menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti kurang berfaedah. Antara aktiviti yang kurang berfaedah bagi pelajar ialah melepak dan menonton banyak rancangan hiburan di televisyen. Oleh itu, pelajar disarankan mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah agar masa lapang tidak terbuang begitu sahaja.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan jika pelajar mengikuti kem motivasi. Justeru, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka mengikuti kem motivasi. Pada pendapat saya, pihak sekolah wajar mengadakan kem motivasi untuk semua pelajar. Dengan menyertai kem motivasi, pelajar akan mendapat pelbagai pengalaman yang dapat membentuk sikap jati diri mereka.