-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan SPM

Kadar kemalangan jalan raya di negara ini terlalu tinggi berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan ray a di negara kita.

Rangka Karangan

Pendahuluan
Kemalangan di negara kita dikatakan paling tinggi di Asia Tenggara, walaupun dianggap mempunyai jaringan jalan raya yang terbaik di dunia.

Isi-isi penting
1 Memperketat syarat-syarat pengambilan lesen oleh pemandu.
2 Mewujudkan lorong khas.
3 Kurikulum Sekolah Memandu hendaklah digubal semula.
4 Alat amaran had laju.
5 Kempen kongsi kereta.

Penutup
Semua pihak mesti bekerjasama untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Kesedaran orang ramai juga memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini.

Rakyat Malaysia patut berbangga kerana negara ini dianggap sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem jalan raya yang terbaik di dunia. Malahan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar untuk memenuhi keperluan penyediaan kemudahan infrastruktur ini. Namun begitu, kadar kemalangan di Malaysia tetap mencatatkan angka yang tinggi. Berbagai- bagai usaha telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah ini seperti mewujudkan Ops Statik, Ops Mabuk, Ops Sikap, dan Ops Pacak yang diadakan pada musim-musim perayaan.

Memperketat syarat-syarat pengambilan lesen dalam kalangan pemandu merupakan satu usaha bijak ke arah menyelesaikan masalah ini. Di negara kita, seseorang individu layak untuk memiliki lesen memandu apabila ia mencapai umur 18 tahun. Tetapi usia yang terlalu mentah inilah yang sering mengundang malapetaka di jalan raya. Golongan ini yang kebanyakannya penunggang motosikal sering menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba. Oleh itu, penetapan had umur minimum pemilikan lesen memandu perlu digubal semula. Had umur 20 tahun merupakan satu tempoh kematangan seseorang individu dan had ini amat sesuai digunakan. Selain itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen memandu, perlu memastikan seseorang itu betul-betul layak mengambil lesen dengan menjalankan ujian yang tertentu kepada mereka. Bagi mereka yang dikesan melakukan kesalahan jalan raya, penggantungan lesen boleh dikenakan. Begitu juga hukuman dan juga penggantungan lesen seumur hidup kepada pengguna yang membahayakan keselamatan orang lain juga diharapkan dapat mengatasi masalah ini.

Lorong-lorong khas yang dibina untuk setiap kenderaan juga dapat mengatasi masalah kemalangan jalan raya. Di Kuala Lumpur misalnya, beberapa lorong khas dibina untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar raya tersebut dengan membina lorong khas bagi kenderaan yang dikenal pasti sebagai penyebab kesesakan jalan raya seperti motosikal, teksi, dan bas. Kenderaan- kenderaan ini bergerak mengikut lorong yang dikhaskan untuknya sahaja tanpa memasuki lorong lain. Cara ini sedikit sebanyak memberikan ruang kelegaan kepada kenderaan lain untuk bergerak di atas jalan raya dengan lebih selesa. Sebenamya, pembinaan LRT (Transit Aliran Ringan) juga boiehlah dianggap sebagai langkah bijak kerana kemudahan ini mempunyai satu ciri kelainan lorong khas yang tidak melibatkan jalan raya biasa.

Sebelum seseorang memiliki lesen memandu, ia sepatutnya menjalani satu latihan amali dan undang-undang yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. Namun begitu, undang-undang ini pemah dicabuli oleh sindiket ‘lesen terbang’. Seseorang boleh mendapatkan lesen ini dengan cara membelinya dengan harga tertentu di pasaran gelap, walaupun pemandu masih berada di bawah umur. Oleh itu, Kurikulum Sekolah Memandu perlu digubal semula. Latihan amali dan undang-undang perlu diperketat. Selain itu, pengguna-pengguna jalan raya yang telah memiliki lesen memandu perlu di wajibkan untuk belajar semula amali dan undang-undang kurikulum baharu ini serta mengikuti ceramah tentang pemanduan berhemat. Hal ini merupakan satu langkah untuk membersihkan pengguna yang memiliki lesen terbang dan memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya betapa pentingnya sikap berhati-hati ketika berada di jalan raya.

Penggunaan alat amaran had laju seperti kotak hitam merupakan satu lagi langkah untuk mengatasi masalah kemalangan di jalan raya. Penggunaan kotak hitam telah diwajibkan dan dipraktikkan oleh semua bas ekspres di seluruh negara. Kotak hitam ini sebenamya berfungsi untuk memberikan amaran jika pemandu memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Oleh itu, apabila berlaku kemalangan, kotak hitam ini akan dicari untuk membantu siasatan polis bagi memastikan punca kemalangan. Alat had laju dan kamera juga boleh diletakkan pada lampu-lampu isyarat tertentu untuk memantau pemandu yang melanggar had laju yang ditetapkan. Bagi mereka yang melakukan kesalahan melanggar had laju pula, kerajaan boleh mengenakan tindakan tertentu seperti menarik balik lesen jika mereka melakukan kesalahan yang sama beberapa kali.

Kerajaan juga perlu mengambil inisiatif dengan mengkaji semula kempen yang dijalankan pada suatu masa dahulu, terutamanya kempen-kempen yang tidak mendapat sambutan, contohnya kempen berkongsi kereta bagi pengguna di kawasan ibu kota. Langkah ini sememangnya wajar diteruskan, tetapi tidak mendapat sambutan rakyat. Oleh itu, satu pendekatan lain boleh digunakan seperti memberikan insentif tertentu kepada pengguna yang masih mengamalkan cara ini. Selain itu, kerajaan juga perlu mengadakan kempen untuk menarik pengguna kenderaan persendirian untuk beralih arah kepada kenderaan awam untuk ke tempat kerja dengan mengenakan tambang yang istimewa dan berpatutan. Misalnya, LRT PUTRA telah memberikan keistimewaan kepada pengguna tetap dengan pas bulanan dengan harga yang istimewa yang menguntungkan pengguna.

Sebenamya, masalah kemalangan jalan raya ialah lumrah selagi kenderaan masih bergerak di atas jalan raya. Namun, sebagai manusia yang mempunyai sikap yang berbagai-bagai, kes kemalangan akan menjadi lebih buruk jika sikap tidak bertanggungjawab masih diamalkan. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dibebankan kepada pihak kerajaan sahaja untuk menyelesaikannya, Semua pengguna jalan raya perlu bersepakat untuk mengurangkan masalah ini dengan mewujudkan kesedaran dalam diri mereka bahawa jalan raya bukan untuk kegunaan persendirian, sebaliknya untuk kegunaan bersama. Pandulah dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang.

Back to Top