-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan SPM

Masalah pencemaran alam sekitar menjadi bertambah serius di negara kita. Terangkan punca-punca pencemaran alam sekitar dan usaha mengatasinya.

Rangka Karangan

Pendahuluan
Alam sekitar mengalami kemusnahan.

Isi-isi penting
Punca pencemaran
1 Kegiatan perusahaan dan perkilangan.
2 Kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan.
3 Kegiatan pengangkutan.
4 Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di rumah.
Kesan pencemaran
1 Kesan kepada manusia seperti penyakit berbahaya.
2 Kesan kepada alam sekitar seperti lapisan ozon yang menipis, bencana alam dan sebagainya.

Penutup
Pencemaran alam sekitar terjadi disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan kepada hamba-Nya yang tidak temilai harganya. Alam sekitar meliputi lautan, sungai, gunung-ganang, lembah- lembah, hutan, dan segala isi bumi ini. Di sinilah manusia dan binatang hidup serta menjalani kehidupan sehari-hari. Namun begitu, akibat pembangunan yang pesat alam sekitar yang kita diami sekarang telah mengalami pencemaran yang hebat.

Kegiatan perusahaan dan perkilangan yang semakin giat dijalankan di negarakita sekarangmenjadi penyebab utama kepada masalah ini. Sejak tahun 70-an dan 80-an sehinggalah sekarang, manusia semakin giat mendirikan kilang- kilang perusahaan sebagai langkah mewujudkan negara perindustrian dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Tanpa disedari, keghairahan ini telah mengundang masalah kepada alam sekitar. Asap yang dikeluarkan dari kilang membebaskan sejenis gas yang boleh menipiskan lapisan ozon yang semakin menipis sekarang ini. Selain itu, kilang-kilang ini juga membuang sisa-sisa toksik yang berbahaya sewenang-wenangnya, terutamanya di dalam sungai dan longkang-longkang kecil.

Penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan juga mengakjbatkan pencemaran alam sekitar. Bukit-bukau diratakan, hutan rimba ditebang, dan dibakar untuk tujuan ini. Keadaan ini sebenarnya akan mengganggu sistem ekologi bumi. Penerokaan ke atas hutan dan bukit-bukau akan menyebabkan bumi kehilangan kawasan tadahan hujan yang akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan banjir. Kejadian tanah runtuh seperti runtuhnya Highland Tower merupakan gejala penghakisan tanah yang paling ketara.

Penggunaan pengangkutan bermotor juga boleh menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Kenderaan-kenderaan bermotor dan berenjin menggunakan petrol sebagai bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan mereka. Kenderaan ini pula akan melepaskan sejumlah gas tertentu di udara, iaitu gas beracun karbon monoksidayang boleh menyebabkan beberapa penyakit berbahaya seperti barah dan juga penyakit kerongkong. Selain itu, kapal-kapal tangki di lautan juga sering menumpahkan minyak di perairan negara dan menyebabkan banyak habitat hidupan laut mati. Akibat daripada situasi ini, hidupan laut mungkin akan pupus dan ini akan menjejaskan pendapatan para nelayan.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di rumah tanpa disedari juga telah menyebabkan pencemaran alam sekitar. Penggunaan sejenis alat penyembur yang mengandungi kloro fluorokarbon (CFC) akan meningkatkan gas monoksida di ruang udara kita. Pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik pula akan menyebabkan pencemaran udara dan air.

Pencemaran alam yang dilakukan oleh manusia telah memberikan kesan yang amat menakutkan kepada manusia dan alam itu sendiri. Akibat pencemaran alam sekitar ini akan menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit berbahaya seperti penyakit kulit, kanser, hilang daya pendengaran dan sebagainya. Kesan nyata daripada pencemaran ini ialah penyakit kanser yang berlaku kepada lebih kurang 50 ribu penduduk Nagasaki dan Hiroshima sewaktu pengeboman negara Jepun oleh Amerika semasa Perang Dunia Kedua dahulu. Akibatnya sehingga sekarang kawasan tersebut masih lagi mempunyai sisa radioaktif yang berbahaya kepada tanah dan persekitarannya.

Pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh sektor perkilangan akan menyebabkan pencemaran udara dan air melalui pelepasan asap dan juga sisa- sisa toksikyang berbahaya. Bencana-bencana alam seperti gempa bumi, banjir, dan tanah runtuh ialah kesan aktiviti manusia yang meneroka kawasan hutan dan gunung-ganang. Banyak spesies haiwan dan tumbuhan akan pupus jika aktiviti penerokaan hutan tidak dikawal. Begitu juga spesies-spesies laut yang sering diancam oleh pencemaran air.

Sebenarnya, pencemaran alam sekitar terjadi akibat aktiviti manusia sendiri. Mereka ghairah mencari tempat-tempat tertentu untuk diterokai tanpa mengira kesannya yang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, bahkan turut memberikan kesan ke atas diri sendiri. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk melestarikan alam sekitar semoga generasi akan datang dapat hidup dengan lebih selesa dan aman.
Back to Top