-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan SPM

Iklan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat. Huraikan kesan positif dan kesan negatif iklan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
Maksud iklan.

Isi-isi penting
Kebaikan
1 Penyampaian maklumat tentang sesuatu barangan.
2 Membantu pengguna merancang perbelanjaan.
3 Pendapatan daripada iklan menurunkan kos pengguna.
Keburukan
1 Mempengaruhi pengguna supaya berbelanja lebih.
2 Merosakkan fikiran kanak-kanak.
3 Memperdayakan pengguna supaya membeli sesuatu barang yang mungkin indah khabar dari rupa.

Penutup
Iklan memberikan kebaikan dan keburukan kepada pengguna.
Penggunalah yang menentukan baik atau buruknya sesuatu iklan.

Iklan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan, sama ada sedang atau akan dipasarkan. Berbagai-bagai cara digunakan dalam iklan untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan ini seperti hebahan dalam tclevisyen, radio, surat khabar, Internet, poster, “hand-bill”, papan kenyataan clan lain-lain. Walaupun kita sedia maklum tentang kebaikan iklan, tetapi terdapat juga beberapa keburukan daripadanya.

Seperti yang kita ketahui, pengiklanan telah menggunakan pelbagai jenis saluran untuk menyampaikan mesej promosi dan jualan kepada pengguna. Dengan ini, sedikit sebanyak akan memberitahu kepada khalayak tentang barangan dan perkhidmatan dalam pasaran. Selain itu, melalui iklan juga pengguna dapat mengetahui lokasi dan tempat promosi jualan itu diadakan. Keadaan ini sebenamya dapat menjimatkan tenaga dan masa pengguna.

Maklumat-maklumat yang disalurkan melalui iklan dapat membantu pengguna membuat pilihan terhadap sesuatu barangan yang difikirkan berguna untuk mereka. Hal ini memberikan kesempatan kepada pengguna untuk merancang perbelanjaan untuk kestabilan ekonomi keluarga. Iklan yang dipaparkan juga memberikan ruang kepada pengguna untuk meninjau dan memantau harga serta kualiti barangan dan perkhidmatan yang dipromosikan di setiap kedai. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan pengguna lebih berhemat sewaktu berbelanja.

Pendapatan daripada iklan turut memberikan kebaikan kepada pengguna. Pulangan yang lumayan didapati daripada iklan yang disiarkan di kaca televisyen dan radio memungkinkan media tersebut menyiarkan rancangan yang lebih baik kepada pengguna. Iklan-iklan yang disiarkan di dalam majalah dan surat khabar juga akan menurunkan harga bahan bacaan tersebut. Hal ini kerana kos tersebut telah ditanggung oleh syarikat-syarikat tertentu untuk memprorposikan barangan dan perkhidmatan mereka di dalam iklan tersebut. Hal ini secara tidak langsung memberikan nilai wang kepada pengguna dan masyarakat.

Tidak dapat dinafikan, iklan dapat memberikan kebaikan kepada masyarakat, namun begitu iklan juga mendatangan keburukan. Contohnya, iklan menjadi medium yang paling berpengaruh untuk mempengaruhi pengguna membeli sesuatu barangan walaupun mereka mengetahui barangan tersebut bukanlah barang yang mustahak. Melalui manipulasi sesuatu iklan dengan memaparkan kemewahan dan prestij seperti barangan kosmetik, pewangi, dan aksesori akan mempengaruhi pengguna membeli sesuatu barangan bukan berdasarkan keperluan, tetapi lebih kepada gaya hidup semata-mata. Hal ini memperlihatkan kepada kita bahawa nilai-nilai pembaziran telah berlaku akibat iklan yang dipaparkan.

Iklan-iklan yang disiarkan di kaca televisyen terutamanya, menayangkan iklan mengikut slot-slot tertentu. Bagi slot rancangan kanak-kanak, iklan seperti makanan ringan dan alat permainan dipaparkan. Hal ini sedikit sebanyak akan merosakkan pemikiran kanak-kanak. Mereka akan mendesak ibu bapa membeli alat permainan seperti yang dilihat di televisyen. Ibu bapa yang terlalu sayang akan anak akan mengikut telunjuk mereka, walaupun mereka menyedari harganya sangat mahal. Yang paling menyedihkan ialah alat-alat yang dibeli ini hanya indah khabar dari rupa kerana tidak berfungsi seperti yang diiklankan. Iklan seperti makanan ringan pula akan mengalakkan pemakanan makanan ringan yang tidak berkhasiat yang langsung tidak sesuai untuk berkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. Malahan, kebanyakan makanan yang diiklankan itu mengandungi bahan pewama yang amat berbahaya untuk kesihatan.

Kita mengakui tujuan iklan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna tentang sesuatu barangan dan perkhidmatan, tetapi kadangkala paparan iklan tersasar jauh daripada matlamatnya. Iklan telah mengeksploitasi individu tertentu untuk melariskan jualan, misalnya penonjolan wanita yang berpakaian seksi dalam iklan rokok. Kalau difikirkan, penonjolan model wanita langsung tidak masuk akal kerana rata-ratanya hanya kaum lelaki sahaja yang merokok. Namun, disebabkan untuk melariskan jualan, model-model ini telah dieksploitasi.

Jelaslah bahawa iklan memberikan kebaikan dan keburukan kepada pengguna. Iklan sebagai alat penyampai maklumat kepada pengguna terhadap sesuatu barangan telah mencapai matlamatnya. Iklan sebenamya dicipta untuk memudahkan pengguna membuat pilihan terhadap barangan atau perkhidmatan. Justeru, pilihan sebenamya berada di tangan pengguna. Tepuk dada tanyalah selera.
Back to Top