Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Pesta Pasaria di Sekolah Saya
Sekolah saya telah mengadakan pesta pasaria pada minggu yang lalu. Tujuannya ialah untuk mengutip wang bagi kebajikan murid-murid. Buku kupon berharga dua ringgit sebuah telah dijual kepada murid-murid dan guru- guru.
Awal pagi pada hari pesta pasaria, murid-murid sudah tiba di sekolah. Mereka sibuk menyediakan makanan dan minuman untuk dijual. Bilik-bilik darjah yang digunakan sebagai gerai telah dihiasi dengan eloknya.
Pesta pasaria bermula pada pukul 10.00 pagi. Ramai murid mengunjungi gerai-gerai untuk membeli makanan dan minuman. Guru-guru juga membeli makanan dari gerai-gerai itu. Makanan dan minuman yang dijual ialah karipap, mi goreng, rojak, nasi lemak, kuih-muih, laksa, air mata kucing, air limau, air oren dan lain-lain lagi.
Pada pukul 12.00 tengah hari, semua makanan dan minuman pun sudah habis dijual. Murid-murid lalu mengemas dan membersihkan gerai-gerai masing- masing.