-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Perpustakaan di Sekolah Saya

Di sekolah saya ada sebuah perpustakaan. Di dalam perpustakaan ada suratkhabar, majalah, buku cerita, buku rujukan dan sebagainya. Semua buku ini disimpan hi rak buku dengan rapi.

Pada masa rehat, ramai murid membaca di perpustakaan. Mereka juga meminjam buku yang mereka minati. Buku yang dipinjam mesti dikembalikan dalam tempoh dua minggu. Murid-murid juga dibenarkan membuat kerja sekolah atau mengulangkaji pelajaran di dalam perpustakaan.

Murid-murid yang menggunakan perpustakaan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang tertentu. Mereka mesti senyap semasa berada di perpustakaan, supaya tidak mengganggu orang lain yang sedang membaca.
Ada beberapa orang murid bertugas di perpustakaan. Tugas mereka yang utama ialah mendaftarkan nama buku-buku yang dipinjam oleh murid-murid.

Saya selalu mengunjungi perpustakaan sekolah. Di situ saya membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Back to Top