-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Perhimpunan Sekolah

Sekolah saya mengadakan perhimpunan pada setiap hari Isnin. Apabila loceng berbunyi pada pukul 7.45 pagi, semua murid pun berkumpul di padang sekolah.

Mulanya, murid-murid menyanyi Lagu Kebangsaan. Serentak dengan itu Bendera Malaysia pun dinaikkan oleh seorang pengawas. Murid-murid juga menyanyi Lagu Negeri dan Lagu Malaysia Berjaya. Selepas itu Guru Besar pun memberi ucapan. Dalam ucapan, Guru Besar menggalakkan murid-murid supaya rajin belajar dan mengamalkan disiplin yang baik di sekolah.

Kemudian guru bertugus akan membuat pengumuman tentang aktiviti persatuan, kebersihan sekolah dan lain-lain lagi. Semasa perhimpunan diadakan, semua murid senyap dan memasang telinga pada perkara-perkara yang disampaikan oleh guru-guru.

Sebelum perhimpunan ditamatkan, murid-murid menyanyi Lagu Sekolah. Selepas itu murid-murid pun masuk ke kelas masing-masing secara teratur dengan diawasi oleh pengawas-pengawas.



Back to Top