Contoh Karangan UPSR
Tulis sebuah karangan yang bertajuk, " Rumah Impianku ".
Rumah impianku besar dan cantik. Rumah impianku dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan. Rumah impianku terletak berdekatan dengan bandar raya.
Rumah impianku diperbuat daripada bahan binaan bermutu. Rumah impianku berpagar. Pokok bunga ditanam di tanah lapang hadapan rumah impianku. Pokok buah-buahan pula ditanam di belakang rumah impianku.
Ruang tamu rumah impianku dilengkapi dengan perabot mewah dan alat elektronik. Ruang dapur pula dilengkapi dengan peralatan baharu. Ruang makan selesa kerana dilengkapi dengan pendingin udara. Bilik tidur juga dilengkapi dengan pendingin udara dan peralatan baharu. Rumah impianku mempunyai bilik mandi yang besar.
Aku berangan-angan tinggi dan yakin rumah impianku akan menjadi kenyataan. Aku mestilah rajin berusaha agar dapat mempunyai rumah seperti itu.
Kosa Kata :
1. impian = khayalan, angan-angan, yang dimimpikan
2. berdekatan = berhampiran
3. bermutu = bernilai tinggi
4. berangan-angan = bercita-cita, mempunyai angan-angan
5. berusaha = bekerja dengan giat, berikhtiar dengan sedaya upaya
Latihan 4 :
Tulis sebuah karangan yang bertajuk, " Sekolah Saya ".
* Rujuk buku teks halaman ke-18
Rangka Karangan :
Pendahuluan :
- belajar - sekolah yang terkenal - Sekolah Harapan Negara - Sekolah Cemerlang - Miri
Isi 1 :
- bangunan - besar - bilik darjah - dewan besar - bilik guru besar - bilik guru
- kantin - bilik multimedia - makmal Sains - bengkel Kemahiran Hidup
Isi 2 :
guru besar - guru - murid - tiga bangsa - kaum - kebanyakan - orang Cina - bergaul mesra
Penutup :
- bangga - gembira - berharap - sekolah - terus maju

Rumah Impianku |