-->

Type something and hit enter

Translate


On
Just wanna share something. Di Malaysia, kerjaya doktor telah menjadi antara kerjaya yang 'tidak ada masa hadapan'. Bukan nak cakap yang bakal doctors ni semua tiada future, tetapi kerana lambakan graduan dan kekurangan tempat kosong, lebih susah untuk menjadi seorang doktor. Perkara ini telah menyebabkan 3 perkara

1. Graduan perubatan perlu menjalani housemanship selama 2 tahun sebelum layak digelar doktor. Tetapi, jangka masa untuk menunggu housemanship telah meningkat secara mendadak dan graduan perlu menunggu sehingga 8 bulan ke setahun untuk mulakan housemanship. Korang nampak, takpelah lmbt sikit je kan? Tapi, bayangkan cuti SPM beberapa bulan ni pun tak ingat dah apa awak belajar masa sekolah, apatah lagi ilmu kedoktoran apabila stress disebabkan housemanship.

2. Housemanship hanyalah kontrak. Ini bermaksud, kalau awak fail housemanship, awak tidak boleh menjadi doktor. Perlu diingatkan bahawa seramai 30% graduan gagal dalam housemanship mereka dan lambakan graduan bermaksud pihak hospital mahukan hanya yang terbaik.

3. Okaylah, dah buat terbaik selama 2 tahun, boleh dapat lesen bukak klinik sendiri kan? Jawabannya tidak. Selepas tamat housemanship, anda perlu bertugas sebagai doktor sekurang kurangnya selama 2 tahun. Sekarang pun sudah ada cadangan untuk hanya mengambil doktor baru ini secara kontrak. Ini bermaksud, selepas 2 tahun yang memenatkan utk melakukan terbaik, anda perlu menjalan 2 tahun lagi sebelum berjaya mendapat medical license. Kalau prestasi anda merosot semasa ini, kontrak anda boleh ditamatkan dan anda tidak dibenarkan menjadi doktor di mana2 tempat lain.

Oleh itu, kepada pelajar lepasan SPM sila fikir betul2 semasa membuat keputusan.
Back to Top