-->

Type something and hit enter

Translate


On
Hi & selamat sejahtera
Saya salah seorg pelajar Matrikulasi (bakal mengambil peperiksaan bulan 4 & menghabiskan pengajian di Matrikulasi) ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di sini.

Sedikit info tentang jurusan yang ditawarkan di Matrikulasi.
1. Jurusan Sains - terbahagi kepada 2 sistem iaitu Sistem 2 Semester, S2S (dahulunya dipanggil sbg Program Satu Tahun, PST) dan Sistem 4 Semester, S4S (dahulunya dipanggil sbg Program Dua Tahun, PDT)
2. Jurusan Perakaunan
3. Jurusan Perakaunan Professional (available only in Kolej Matrikulasi Selangor)
4. Jurusan Teknikal

Saya dari Jurusan Sains S2S di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah dan masuk di kolej tersebut pada akhir bulan Mei. Pada minggu anda semua datang ke kolej yang telah ditawarkan, pada hari pertama sememangnya anda akan dapat bilik, menangkap gambar utk kad matrik anda apa semua dan saya tidak mahu cerita banyak. Minggu pertama anda masuk itu dipanggil sebagai Minggu Pengambilan Pelajar Baharu (MPPB).

Tidak silap saya pada hari terakhir MPPB kamu akan mendapat kuliah dan praktikum masing-masing (lain kata ia dipanggil sbg kelas). Bermulalah anda berkenalan dengan classmate baharu anda.

Secara umumnya, Jurusan Sains ada 3 kelas iaitu kuliah, tutoran dan amali.

Kuliah : dlm kuliah, anda hanya belajar yg basic (cthnya belajar structure of.... cam tu)

Tutoran : semasa tutoran, anda akan belajar secara mendalam dari segi pengiraan utk Matematik, Fizik, Sains Komputer & Kimia dan proses-proses dalam Biologi dan Sains Komputer.

Amali : secara asasnya, buat experiment utk Biologi, Kimia & Fizik. Utk Sains Komputer pula, subjek itu pun ada amalinya sendiri (saya tidak tahu kerana saya berada dalam Modul 1)

Jurusan Sains ada 3 modul yang anda akan ditetapkan mengikut keputusan SPM (mungkin kolej lain dah beritahu kamu awal2 ttg modul kamu dapat)
Modul 1 : Kimia, Matematik, Biologi & Fizik
Modul 2 : Kimia, Matematik, Sains Komputer & Fizik
Modul 3 : Kimia, Matematik, Sains Komputer & Biologi

Jangan risau sekiranya anda tidak suka modul yg telah ditetapkan, anda boleh tukar modul ataupun kamu mahu tukar ke Jurusan Perakaunan. Seronok kan?! Kamu pun boleh tukar daripada S2S ke S4S. Tapi malangnya Jurusan Perakaunan tidak boleh menukar kepada Jurusan Sains.

Di Matrikulasi, anda semua akan mengambil subjek wajib iaitu :
1. Pengajian Am Matrikulasi
2. Kokurikulum
3. Pendidikan Islam/Moral
4. English 1 & English 2

Subjek 1 & 3 atau subjek 2 mungkin kamu mengambil semasa semester 1 (utk S2S)/3 (utk S4S) atau semester 2 (utk S2S)/4 (utk S4S).
Subjek-subjek wajib tersebut akan ditetapkan oleh kolej.

Contohnya, saya mengambil Kokurikulum pada semester 1 & mengambil Pengajian Am Matrikulasi & Pendidikan Moral pada semester 2.

Oh, jika di sekolah anda belajar subjek Sains dlm bahasa Melayu, kamu akan mendapat kejutan budaya kerana di Matrikulasi, anda belajar dalam bahasa Inggeris. Takpe itu biasa hehe.

Itu sahaja saya dapat kongsi & yang saya ingat. Hanya serba sedikit info.

Good luck and have fun in your Matriculation life ✨✨✨
Back to Top