-->

Type something and hit enter

Translate


On


Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya dahulukan kepada semua pembaca. Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada siapa-siapa yang sudi membaca cerita saya ini. Doktor Perubatan Veterinar merupakan pilihan pertama saya sejak mengisi borang bagi melanjutkan pelajaran selepas SPM. Kenapa Vet??? Ermmm… Sebenarnya saya juga tidak tahu kos apa yang saya ingin ambil. Saya ini jenis yang susah buat pilihan. Kebanyakan decisions saya banyak ambil  pandangan daripada orang-orang sekeliling. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kerana saya akan mencampurkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan juga bahasa pasar sebab tak nak la baku sangat nanti jadi tak menarik pulak story yang saya nak share ni kan. Saya juga ingin memohon maaf kerana saya mungkin tidak dapat nak share gambar-gambar kerana nanti terbongkar pula identiti saya. Saya ingin kekal sebagai anonymous yang berkongsi cerita. Saya sambung semula cerita saya. Saya sendiri tidak mengetahui ke mana saya nak pergi sebab saya rasa nak jadi seorang doktor dan saya juga rasa nak jadi seorang engineer. Hurmmmmm…. Pening!

Nak ambil kos ape ni!!???
            Akhirnya, saya  bertanyakan kepada kawan-kawan saya. Mereka pon cakap “apa kata kau amik Vet. Kau kan suka haiwan”. Oh yeke hahaha. Saya sendiri pon tidak mengetahui bahawa saya ini sangat suka kepada haiwan. Saya terus isi Doktor Perubatan Veterinar sebagai pilihan pertama saya. Alhamdulillah saya ditawarkan ke Asasi Sains Pertanian, UPM. Untuk pengetahuan, kos Veterinar ini hanya ditawarkan di dua tempat sahaja di Malaysia iaitu di Universiti Putra Malaysia, UPM dan juga Universiti Malaysia Kelantan, UMK. Jadi, ini merupakan satu peluang keemasan kepada diri saya. Ermmmm…mesti para pembaca tertanya-tanya kenapa saya tidak mahu sambung Medec? Ada sebab kenapa dan sebabnya saya tidak boleh nak share disini kerana akan mendedahkan siapa saya si penulis cerita ini. Saya ingin terus kekal sebagai anonymous hihihi.




ASPER dan pertanian??

Perjalanan hidup saya seperti rakan-rakan asasi yang lain. Kami dikenali sebagai ASPER students which is Asasi Sains Pertanian. Alang-alang dah cakap tentang ASPER, saya rasa ingin bercerita sedikit tentang ASPER ini. Ramai di luar sana tidak mengetahui tentang apa itu ASPER. Disebabkan namanya Asasi Sains Pertanian, kebanyakan netizen menganggap pelajar-pelajar yang masuk asasi ini nanti akan menjadi petani. Tidak benar sama sekali. ASPER ini ialah seperti asasi lain seperti PASUM, Asasi Dengkil, Asasi UKM dan lain-lain. Selepas tamat ASPER, pelbagai bidang boleh diceburi seperti medec, engineer, akauntan, makanan, business, law, nursing dan banyak lagi. Kalau nak tahu lagi bolehla pergi usha website kos yang ditawarkan di UPM. Memang sangat banyak. Tinggal pilih sahaja.  Point disini cuma nak sampaikan please change your mindset sebab perkataan “pertanian” tu. ASPER ini belajar sama seperti asasi lain tetapi advance sikit sebab ada subjek pertanian and ada amali pertanian. Time ini la siapa-siapa yang tak pernah pegang cangkul, main dengan haiwan seperti lembu, kambing tu dapat buat semua itu. Sebab apa ada extra subjek pertanian? Sebab dulu UPM ialah Universiti Pertanian Malaysia tetapi kini telah ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia. Bagi mengekalkan identiti sebab itulah ASPER ada subjek pertanian. Dan untuk pengetahuan semua, UPM merupakan universiti kedua terbaik di Malaysia dan merupakan university pertanian nombor 1 di Malaysia. UPM juga merupakan salah satu Research University di Malaysia. Oleh itu,  jangan pernah menyesal untuk memilih UPM sebagai pilihan. Menjadi satu kebanggaan apabila graduate nanti kamu akan berbeza dengan rakan-rakan kamu yang lain. Contohnya, tidak kiralah kamu graduate dalam kos apa-apa sekalipun kamu akan mempunyai nilai tambah. Kamu akan ada ilmu pertanian yang tidak semua doctor, engineer, akauntan, business person ada di luar sana. Eh! Sedar tidak sedar rupa-rupanya banyak juga saya membebel tentang ASPER ini haha. Maaf ye semua.

Bermulanya impian….

Sekarang kita sambung semula cerita. Ketika ASPER, saya tidak banyak bermain-main dan fokus lebih-lebih lagi target saya ialah Veterinar. Kos itu banyak persaingan kerana seperti sedia maklum hanya dua universiti di Malaysia yang menawarkan kos itu iaitu UPM dan UMK. Akhirnya, zaman asasi saya dah abis. Yeyy!! Alhamdulillah result saya melayakkan saya dan akhirnya saya diterima sebagai penuntut di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Banyak persediaan perlu dibuat. Doktor Perubatan Veterinar merupakan kos yang mempunyai 10 semester bersamaan 5 tahun yang perlu ditempuhi. Hari pertama saya menjejakkan kaki di Kolej 17. Disebabkan fakulti kami berdekatan dengan K17, maka memang semua pelajar Veterinar tahun pertama akan menetap di K17. Selain itu kos lain yang ada di K17 ialah Medec, Biomedic, Nursing, Nutrition, Dietetik and KPP . semua pelajar kos itu akan berada di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, FPSK. Bertuah jugalah jadi budak Vet ini sebab tidak perlu untuk berkongsi fakulti hahahah kerana Fakulti Perubatan Veterinar dikhaskan untuk pelajar Veterinar sahaja hoho tapi jauh jugak la kerana perlu merempuh bukit bukau, aliran kereta dan lori. Ceh acah je. Tapi fakulti kami memang agak jauh dari kolej tetapi tidaklah sejauh seperti rakan-rakan yang berada di kolej-kolej lain kerana mereka perlu mengambil bas untuk ke fakulti mereka.

Orientasi  


Klik Video untuk melihat serba sedikit tentang MPP 

            Seperti biasa apabila kita memulakan kehidupan di tempat baharu confirm akan ada orientasi. Setiap pelajar baharu yang mendaftar bagi tahun pertama degree akan melalui Minggu Perkasa Putra atau lebih dikenali sebagai MPP. Waktu itu ialah waktu dimana para pelajar akan diperkenalkan kepada UPM. Apa yang ada di UPM, pentadbirannya, lagu UPM, moto, visi misi semua itulah. Minggu orientasi ni bosan sikit sebab banyak betul talk kena dengar tau. Tapi waktu inilah masa untuk berjumpa kawan-kawan sebab bila dah start study nanti susah dah nak jumpa. Serius tau lagi-lagi bila kita duduk K17 memang terpisah sikit huhu sebab kolej jauh dari kolej-kolej lain. Waktu MPP tu akan ada pertandingan cheer. Time tu kena all out la kalau boleh sampai hilang suara.
Selain itu, akan ada satu hari yang UPM bagi dekat semua pelajar untuk melawat booth-booth persatuan yang akan dibuka di padang kawad UPM. Padang itu berhampiran dengan Kolej Canselor. Waktu tu nasihat saya redah je join semua persatuan walaupun tak suka. Sebab apa? Sebab merit.

Sistem Merit K17
          Ha ni nak habak sikit pasal sistem merit ni. Dulu time sekolah ada juga sistem merit tetapi kita bukannya ambil kisah sangat kan hahaha. Saya pon macam itu juga. Apabila sudah menjejakkan kaki ke degree, sistem merit ni penting tau lagi-lagi untuk orang-orang yang rumahnya jauh macam saya. Sistem merit di UPM digunakan sebagai indicator to see if you are capable to stay in the college or not and the system is same for every college but different in the way they run the system. K17 is the college that follow this system strictly tau. Kalau tak lepas satu syarat memang bye-bye la jawabnya. Pandai-pandai cari rumah di luar. Kenapa??? Seperti yang kita tahu, bilangan mahasiswa dan mahasiswi semakin ramai di Malaysia maka penginapan yang disediakan tidak mencukupi so each student kena compete dengan each other in the term of merit in other to have a place to stay.
            Untung kepada rakan-rakan yang rumah dekat dan malas nak kutip merit. Merit ini sebenarnya mengganggu jugalah. Sebab kita kena betul-betul bahagikan masa untuk belajar, buat assignments, presentation, preparation untuk activity yang kita masuk untuk dapatkan merit itu lagi. Memang saya tidak tipu memang agak penat ditambah dengan aktiviti fakulti yang banyak. Dan setiap aktiviti perlukan preparation. Balik kepada cerita merit. Sistem merit dibahagikan kepada empat iaitu merit kolej, universiti, fakulti dan persatuan. Yang persatuan tu waktu saya tahun pertama memang susah betul nak dapat. Di K17, kami perlu mengumpul sekurang-kurangnya 54 merit kolej, 24 merit universiti, 15 merit fakulti dan 12 merit persatuan. Macam itu kot. Saya juga tidak berapa ingat. Kami perlu mengcukupkan setiap kategori merit itu untuk menjejakkan sebelah kaki ke kolej untuk tahun berikutnya. Ha tu baru sebelah je. Selepas itu, kena make sure yang merit kolej tu banyak sebab nak compete dengan orang lain, pihak atasan akan melihat jumlah merit kolej selepas semua merit dah lengkap. Then, tak cukup lagi tu, ada satu kem yang wajib penghuni K17 pergi sebagai syarat untuk duduk kolej. Tapi disebabkan ini Vet Story jadi saya akan banyak bercerita tentang Vet la kan. Tetapi jangan marah tau kalau saya selit tentang cerita kolej di sini.

Ultra Elite Boost Camp (UEBC)




                UEBC ialah kem yang wajib disertai oleh semua penghuni K17 ketika tahun pertama. Jika tidak mereka tidak dapt untuk stay kolej untuk tahun berikutnya. Tetapi jika ada halangan, boleh ditunda kepada tahun hadapan iaitu ketika second year. Tetapi tidak seronok la kerana jika kita menyertai kem ini di tahun kedua kita akan bersama-sama peserta yang tidak satu batch dengan kita. UEBC ini diadakan ketikan mid sem break sem 1. Waktu tu jangan mimpila nak ada cuti. Kem ini dijalankan selama 5 hari jadi kalau nak cuti sekejap sahaja la. Kem ini memang tak tipu penat tapi tak tipu jugak kem ni memang best. Waktu ini la kita lebih rapat dengan kawan-kawan di k17, mengenali rakan-rakan lagi-lagi yang berada di FPSK kerana kita yang berada di Fakulti Perubatan Veterinar, FPV memang jarang akan terjumpa dengan diorang ni. Jadi rajin-rajinkanlah sertai program di kolej selain bertujuan untuk mengumpul merit kita juga dapat berjumpa kawan-kawan. Sambung semula tentang UEBC, kem ini memang menarik dan saya berasa ingin bercerita tetapi malas pulak nak type. Kamu semua bolehla bertanya kepada senior-senior tentang kem ini dan kalau rajin bolehla geledah video-video di Youtube untuk melihat kem ini seperti mana. Yang penting prepare mental dan fizikal sepenuhnya sebelum menyertai kem ini.

klik UEBC atau UEBC JUGA untuk melihat sedikit video

First day di FPV

klik FPV, UPM untuk mengetahui lebih lagi

            Siapa yang tidak berasa nervous kan bila first day. Perasaan macam baru masuk first day pra-sekolah, tadika, darjah satu dan paling scary waktu first day form 1 kat SBP dulu sebab tak kenal siapa-siapa pulak tu. Tetapi sebab dah besar ni takdela rasa takut sangat sebab bila dah besar makin berani nak interact dengan orang yang kita tidak kenali.
            Waktu melangkah masuk fakulti itu terasa seperti berada di negara luar. Acah betul kan hahaha. Sebab semua orang dekat situ nak speaking. Honestly, rasa akward juga sebab dari kecil tidak biasa dikelilingi orang-orang yang speaking sepanjang masa. Lama-kelamaan okey sahaja. Dah rasa macam di Malaysia balik. Disebabkan ramai foreigner so kita kenala speaking dan Veterinar ini boleh dikatakan sebagai elite kos. Kita banyak bekerjasama dengan non-government agencies dan lebih-lebih lagi dengan agensi luar negara.

            Macam biasa, first day lecturer semua mesti akan cakap ”congratulation. Welcome to FPV.” Dan sewaktu dengannya. Kenal-kenal dengan kawan baru “hai nama sape?” senang kata basic things bila first day la.          Dan hari first day soalan famous yang lecturer mesti akan tanya “ are you sure with your decision to be a vet? If not you can change your course now.” Aippp jangan tersentak tau bila dengar soalan ini. Lecturer cakap bukan saja-saja sebab kos ni berat tau. Vet dan Medec lebih kurang Cuma bezanya pesakit kita lain. Dan mental dan fizikal kena kuat sebab bukan handle haiwan kecil-kecil tapi dari saiz kecil ke saiz besar kita kena handle. Banyak perkara kita kena tempuh. Kalau rajin bolehla tanya akak dan abang yang dah final year tu macam mana perjalanan hidup untuk menjadi seorang Vet. Jadi nasihat saya fikirkan baik-baik pilihan anda ye. Kenapa? Nak tahu jawapan sama ada anda bersedia ke tidak silalah sambung membaca cerita saya ini ye.
..................................................................................................................................................Nanti saya sambung bercerita lagi...
Back to Top