-->

Type something and hit enter

Translate


On
Doctor of Veterinary Medicine, DVM


      click Faculty of Veterinary Medicine   
Untuk menjadi seorang Vet, ada tiga fasa yang perlu ditempuh sepanjang lima tahun pengajian. Fasa pertama ialah pre-clinical year, kedua para-clinical dan akhir sekali clinical year.
            Setiap stage kita perlu pass. Akan ada satu exam yang lebih dikenali sebagai comprehensive examination dimana ia akan menggabungkan segala apa-apa yang kita pelajari daripada kita first year lagi. Serammmmm!!! Yang penting usaha, doa dan tawakal.

Semester 1 DVM
          Doctor of Veterinary Medicine, DVM ialah singkatan bagi para penuntut program veterinary. Jika berada di tahun pertama akan dipanggil DVM1 dan seterusnya sehinggalah DVM5. Bagi mengenali batch pula contohnya DVM19 bermaksud batch itu akan bergraduate pada tahun 2019. Ketika berada di semester 1, anda akan berasa seolah-olah tidak berada di dalam kos veterinary. Hahahha pelik pulak bunyinya kan. Hal ini kerana ketika di sem 1, kita baru sahaja diperkenalkan dengan kos ini jadi kenalah slow-slow. Subjek yang kita belajar pon tidaklah menjurus terus kearah profesion kedoktoran.
            Waktu semester satu inilah banyak perkara kena buat. Tak sudah dengan aktiviti kolej, aktiviti fakulti, aktiviti universiti  pon bukan main banyaknya. Nanti saya cerita satu-satu okey.

Subjek Semester 1
          Ketika berada di semester pertama, subjek yang kami pelajari ialah Introduction to Veterinary, Biochemistry, Animal Agriculture, Tamadun Islam dan Asia, Hubungan Etnik, Lax, Managementdan juga Cell. Okey sekarang saya akan cerita satu-satu tentang subjek-subjek ini. Introduction to Veterinary Medicine ialah subjek yang banyak projek dan presentation. kos ini akan memperkenalkan kepada kita akan apakah itu Vet?, bidang yang boleh seorang Vet ceburi. Untuk pengetahuan Veterinar ini bukan sahaja satu bidang untuk menyelamat dan menyembuh haiwan sahaja tetapi very diverse. Seorang Vet boleh menyumbang kepada kesihatan manusia kerana apa? Manusia makan haiwan dan haiwan perlu dijaga sebaiknya. Selain itu, jika anda ingin tahu Vet bukannya hanya duduk di klinik tetapi di merata-rata tempat. Di Halal Hub, Vet diperlukan untuk menjamin kesihatan dan kebersihan haiwan, di kawasan pengimportan haiwan, di kawasan-kawasan ladang, khidmat nasihat Vet memang sangat diperlukan. Maka tidak salah jika anda memilih Vet kerana demand memang sangat tinggi. Tetapi ingat belajar kerana nak cari ilmu kerana Allah dan kerana minat kita itu tau. Kita akan belajar mengenai agensi-agensi yang terlibat dengan Veterinar, mengenali pelbagai jenis haiwan daripada pelbagai kategori contoh large ruminant, small ruminant, avian, small animal, wildlife, poultry dan banyak lagi.

            Biochemistry pula ialah subjek dimana gabungan antara biology dan chemistry macam namanya la kan. Dalam subjek ini, banyak cycle, reaction semua kena faham dan hafal. Banyak juga assignment bagi subjek ini. Soalan pon tak direct. Nasihat saya hati-hatilah dengan subjek ini. Hal ini kerana biochem ini berkait dengan subjek Nutrition yang akan diambil time semester 2. Jika anda gagal subjek ini, maka sem 2 nanti tak boleh nak ambil Nutrition dan kena repeat dengan junior-junior kita nanti. Rajin-rajinkanlah buat nota, tengok video. Honestly, saya pon struggle dengan subjek ini. Alhamdulillah Allah permudahkan. Atas tu contoh video untuk mudahkan untuk faham. Dekat Youtube banyak.

            Next is Animal Agriculture. This is the killer subject yo! Please watch out. I repeat please watch out. Subject ni nampak simple but very tricky. Lecturer memang strict sebab itulah susah tau nak score. Kalau tanye senior mesti diorang akan cakap kalau lulus pon dah bersyukur tau. Nak score paper pon agak susah dan markah akan senang-senang kena tolak kalau buat hal. Bukan sikit tau lecturer tolak. Jangan main-main. Seorang buat salah, satu batch kena tolak markah. Boleh nangis weyyy. Dalam subjek ini, kita akan belajar tentang breed haiwan, , nama saintific, tentang nama grass pasture, hafal nama scientific semua. Subjek ni jadi stress sebab susah nak jaga markah.



            Sekarang kita akan beralih kepada subjek universiti pula. Apakah itu subjek universiti? Subjek universiti ialah subjek yang wajib diambil oleh mahasiswa dan mahasiswa universiti tanpa mengira kos. Maknanya satu u ambil subjek-subjek ini dan waktu final exam kita akan jawab paper dengan budak-budak kos lain dekat main campus sama ada di Dewan Besar, KAA atau KAE. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik merupakan dua subjek universiti yang perlu diambil ketika sem 1 ini. Ada lagi satu iaitu Kenegaraan yang perlu diambil ketika semester 2. Subjek ini merupakan bonus bagi kita tetapi kalau main-main jangan mimpilah nak score. Still kena serius jugak tau. Subjek –subjek ini seperti kita belajar sejarah dan sivik.
click openlearning.com - Nota dan video boleh didapati di sini

         Lax. Apakah itu lax? Lax ialah satu komponen yang perlu pelajar Vet lengkapkan. Universiti menggunakan sistem kredit. Bagi DVM ini, keseluruhan kredit yang perlu diambil ialah sebanyak 189 kredit sepanjang 10 semester. Banyak tu. Semester 1 kredit yang perlu diambil ialah sebanyak 16 kredit. Tidaklah terlalu banyak. Berbalik kepada Lax ini pula ianya dikira sebagai points pula. Kami perlu melengkapkan sebanyak 36 points Lax dan semester 1 kami telah melengkapkan sebanyak 6 points. Lax ialah perbincangan di dalam kumpulan di mana setiap kumpulan diberikan tajuk yang sama dan perlu dibincangkan dan dirakam. Hasil video perlulah dihantar dan report juga perlulah dibuat dan dihantar. Setiap tugasan diberi masa selama seminggu. Ketika sem 1, Lax dijalankan bersama-sama subjek biochemistry. Dengan itu, topic-topik yang dibincangkan juga berkaitan subjek tersebut. Banyak rujukan perlu dibuat kerana ianya tidak diajar didalam lecture.  

            “Ingat bila dah masuk universiti dah tidak ada subjek Bahasa.” Jika anda ada berfikiran seperti itu, maaf anda salah. Subjek English ini akan anda jumpa sehinggalah anda graduate nanti. Tanpa mengira band apa yang anda peroleh ketika MUET, anda tidak akan pernah terkecuali untuk mengambil subjek English. Untuk memasuki kos Veterinar minimum ialah band 3. Bagi semester ini, mereka yang memperoleh band 5 dan 6 beruntung sikit kerana tiada subjek English bagi sem ini. Bagi mereka yang memperoleh band 3 dan 4 perlu mengambil Cell. Ia merupakan subjek English. Subjek ini tiada exam dan akan dinilai oleh lecturer. Assignments setiap minggu itu yang banyak. Tapi bagus juga kerana dengan itu, mahasiwa dan mahasiswi akan dapat meningkatkan kemahiran menulis dan berbahasa English.

            Akhir sekali bagi subjek ketika semester satu ini ialah Management. Subjek ini perlu banyak faham dan hafal. Kenapa subjek ini perlu ada? Saya pon dahulu bertanya akan perkara ini. Veterinary bukan semata-mata perubatan sahaja tetapi ia juga satu perniagaan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Veterinar ini memang sangat luas. Seorang Vet boleh menjadi seorang doctor, penasihat, pengembala, peladang, businessman dan banyak lagi. This subject teach us the knowledge that we can apply in future. Fokus setiap kali dalam lecture sebab selalu lecture note tidak lengkap. Tapi ini tidak bermaksud lecture notes subject lain lengkap ye. Of course not. Hahahaha semua tidaklah terlalu lengkap. Serious talk.!
            Eh hampir terlupa pula. Ada lagi satu subjek kokorikulum yang perlu diambil ketika semester 1 ini. Yang ini kita boleh pilih ikut suka hati kita. Pilihlah yang anda suka sama ada nak taekwando ke, bersilat ke, mencanting batik ke, berbasikal kea tau apa-apa sahaja. Kelas pulak hari Sabtu. Hurmmm…memang semester satu jangan harap nak rehat la ye sebab maybe Ahad esok tu pulak kena join event lain pulak. Hahahh..


            Lepas dah baca mesti rasa macam mana Vetnya??? Hhaahah…sabar ni baru first semester. Baru nak berjinak dengan kos ni sebab tu la fakulti susun jadual yang ringan dulu. Lagi satu semua kita akan belajar fully English. Alhamdulillah pada zaman saya memang daripada dahulu syllabus in English maka taklah shock kerana tak perlu nak convert perkataan saintifik daripada bm ke bi. Kesian juga apabila dengar rungutan adik-adik yang perlu membiasakan diri dengan term-term Bahasa inggeris apabila telah melanjutkan pelajaran ke universiti.


https://mrvetstory.blogspot.com/2017/08/doctor-of-veterinary-medicine-dvm-click.html
Back to Top