-->

Type something and hit enter

Translate


On
        As a first year student, memang banyak aktiviti yang kita perlu join. Dah immune dengan ayat “first year wajib tau”. Jangan emo pergi je program itu. Kadang-kadang itu memang ada perasaan geram mungkin sebab penat tetapi semua itu sekejap sahaja. Alang-alang tu bolehlah kutip merit sekali.
            Banyak aktiviti daripada aktiviti kolej, fakulti, universiti, persatuan semuanya ada. Kalau aktiviti kolej contohnya ada Malam Tunas Budaya(MTB), UEBC, explorace, ape ntah lagi. Yang penting itu adalah antara lubuk untuk mencari merit. Kalau nak cerita satu-satu boleh patah jari menaip. Saya ingin memohon maaf kerana saya akan bercerita tentang event di fakulti sahaja. Kalau anda ingin mengetahui cerita lain bolehlah bertanya kepada senior-senior.
            Antara aktiviti-aktiviti besar yang berjalan di fakulti ialah….

1. Vet orientation and carrier week
Click Veternak  to visit the blog

- Vet orientation ini dijalankan bagi mengenali senior dan junior yang baru sahaja mendaftar. FPV bergerak sebagai satu organisasi yang besar dan seperti keluarga. Kami akan sentiasa bekerjasama. Oleh itu, aktiviti ini sangat penting. Ketika inilah kita dapat mengenali DVM lain. Pelbagai permainan dijalankan dan seperti biasa mestilah ada talk kan. Aktiviti ini dilaksanakan oleh para pelajar DVM2 under Veternak.

Click Vet Orientation for videos




2. Minggu Penghayatan Islam Veterinar  (MPIV)
- Ini ialah program VIP which is stand for Veterinary Islamic Putra Club . Aktiviti ini ç¿   dijalankan selama seminggu dan pada waktu malam dan dihandle oleh DVM2 juga. Minggu ini merupakan minggu emas. Kenapa? Kerana minggu ini ramai ustaz dijemput untuk bagi talk semua. Time ni la mana-mana yang tak jelas boleh dijelaskan. Seperti yang kita tahu Veterinar ini tidak mengenal apa-apa sahaja jenis haiwan. Semua haiwan kita rawat. Jadi as Muslim kita ada sedikit halangan terhadap certain haiwan iaitu anjing dan khinzir. Tetapi sebagai Muslim kita juga mengetahui bahawa walaupun haiwan itu najis besar tetapi kita dibenarkan untuk memegang dengan tujuan belajar dan merawat. Walaupun dibenarkan, mereka itu tetap najis tetapi tiada halangan kerana Islam telah mengajar akan cara untuk menyucikannya iaitu dengan meyertu so tiada hal la. Kini semakin mudah untuk menyertu kerana sudah ada sabun yang memudahkan yang dikenali sebagai sabun taharah. Sabun ini mudah untuk didapati. Program ini sangatlah bagus. Rakan-rakan daripada FPSK dan mana-mana fakulti juga dialu-alukan untuk hadir kerana disamping pengisiannya yang sangat menarik terdapat juga merit fakulti yang disediakan horrayyyy!!

Follow MPIV FACEBOOK for more info

3. Vet Dinner


- Vet Dinner ialah annual dinner yang dihandle oleh DVM2. Vet Dinner tidak memaksa sesiapa untuk join dan semua daripada DVM1-DVM5 dialu-alukan untuk join. Tetapi seperti yang kita tahu dinner mestilah kena bayar and apabila sudah meningkat year macam biasa pokai, poket kering. So yang ramai memang DVM1 and DVM2 la. Saya nasihat joinlah sebab percayalah bila meningkat tahun nanti memang taklah korang nak join. Baik duduk bilik study. Makanan sedap-sedap dan ada persembahan yang best-best. Tak rugi tau join. At least you will have the precious memories.

4. Vet camp


-  Vet camp ialah kem yang dijalankan untuk para pelajar DVM1. Kem ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara batch dan lebih mengenali rakan-rakan. Kem ini dijalankan oleh DVM2. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kem. Untuk mengetahui lebih lagi bolehlah merujuk ke Youtube atau Instagram mana-mana senior DVM. Mesti ada punya. Antara aktiviti yang setiap tahun mesti ada ialah macam biasalah games. Saya nak bercerita detail tetapi nanti terkantoi pulak siapa saya. Tetapi ada satu aktiviti yang merupakan turun temurun iaitu “morning dance”. Time tu DVM1 akan dikejutkan dan perlu menghafal lagu dan belajar tarian dalam masa yang ditetapkan. Penat memanglah penat. Kena marah lagi tapi yang penting sebenarnya diorang nak sampaikan mesej daripada aktiviti itu. Nak tahu apa? Ikut sendirilah kem tu huhu maaf tak boleh nak share nanti tak bestlah kalau dah tahu. Anda kenalah join sendiri kem ini.
            Tetapi yang penting kem ini seronok la. Lupa pulak nak habaq kem ini dijalankan ketika minggu pertama cuti semester 1. Tak lama pon hanya 3 hari sahaja. Tak tipu memang best. Tidak sepenat UEBC la kem ni. Enjoy je.


Yang diatas itu hanyalah antara events besar and ada banyak lagi tau aktiviti kena join contohnya seperti Minggu Veternak, talk dari TNC, paling banyak talk sampai saya tidak ingat ada berapa banyak talk perlu didengar. Agak pack la jadual. Enjoy je.


Back to Top