-->

Type something and hit enter

Translate


On
Aittt..baru first year dah ada practical? Yes. Bagi kos Veterinar, memang daripada first year dah ada praktikal. Untuk first year, kami perlu menjalankan praktikal selama 8 minggu di 8 tempat berlainan dan setiap tempat itu perlu dijalankan selama seminggu. Praktikal merupakan antara syarat untuk lulus dan bergraduate. Praktikal perlu diuruskan sendiri dan perlu melantik wakil untuk memudahkan urusan kerana pihak fakulti yang akan menguruskan surat dan menyampaikan berita jika sesuatu tempat yang kita ingin menjalankan praktikal itu membenarkan mahupun tidak.
1. Equine Unit,UPM




 2. Small ruminant, Taman Pertanian Universiti, UPM

3. Large ruminant, Taman Pertanian Universiti, UPM
- Dairy cattle
- Beef cattle

4. Aquatic unit,UPM


5. Clinic (individual)

6. Small animal at Universiti Veterinary Hospital, UPM



7. Animal Shelter


8. Zoo

            All the practical places we did in group but for clinic we can do it as individual or as a group of two. Bagi animal shelter and zoo kami boleh memilih di mana-mana sahaja kami mahu termasuk juga tempat yang lain. Tetapi bagi memudahkan, hampir keseluruhan kumpulan melengkapkan praktikal di UPM sahaja kecuali zoo dengan animal shelter kerana UPM tiada dua tempat ini.

Apa yang kami buat ketika praktikal???
          Generally, first year student bukannya tahu banyak perkara kan. Pernah atau tidak anda mendengar “nak berjaya kenalah bermula daripada bawah”. Mesti ayat itu sudah sinonim pada telinga anda. Sepanjang praktikal, apa yang kami lakukan ialah mencari pengalaman.
Image result for mop
            Di setiap tempat yang kami pergi, rutin harian ialah membersihkan kawasan. Membuang taik, memandikan haiwan, membersihkan cages diorang dan seangkatan dengannya. Senang cerita jadi kuli la. Kalau ada yang geli dengan taik tu ermmm…maaf saya nasihatkan janganlah teruskan niat nak jadi Vet ye. Tapi takdelah semata-mata buat kerja-kerja itu sahaja. Jika anda bertuah anda akan mendapat peluang untuk hands on. Meaning that, boleh practice untuk preparation untuk menjadi doctor Vet.
            Antara pengalaman dapat ketika practical first year ini ialah saya dapat draw blood daripada kambing. Perasaan waktu itu woowwww sangat. Besttnye. Ada Dr. yang akan ajar cara-cara dan ini merupakan peluang. Cuma nak pesan satu sahaja. Kalau ada peluang nak hands on buat je sebab serius cakap peluang memang sangat sikit nak practice. Paling banyak dapat hands on ialah ketika buat praktikal di klinik. Waktu memang seorang sahaja kalau anda memilih untuk melakukan individual. Waktu itu bolehlah practice restraint animals, bagi ubat, tolong masukkan iv fluid, belajar tentang jenis-jenis ubat semua dan dapat melihat small surgery yang dijalankan dan cara nak spay and neuter animal seperti cats and dogs.
Image result for penyapu
            Selain itu, ketika praktikal inilah merupakan masa untuk kita mengenali haiwan dengan lebih lagi. Contoh, behavior, apa yang diorang makan, cara nak approach, nak mandikan, taik macam mana rupanya, breed diorang dan macam-macam lagi. Banyak benda yang boleh kita pelajari ketika praktikal. Terus terang memang seronok praktikal walaupun muka and tangan sunburn semua. Kalau nak jadi Vet memang selalu busuk dan muka terbakar. Bila balik daripada praktikal kita akan tengok budak-budak kos lain elok je balik tetapi kita ini dengan macam-macam bau ada tau.

            Selain dapat belajar, kita juga dapat lebih kenal dengan kawan-kawan. Tetapi ada juga kejadian-kejadian yang membuatkan praktikal itu tidak berapa nak seronok. Apa dia? Contohnya kena marah. Tetapi ala normalla. Kena marah dengan staff, dengan doctor, dengan pakcik yang datang daripada ceruk mana pon ada tau. Contonya, ini selalu berlaku lagi-lagi apabila buat praktikal di animal shelter. Tempat itu ialah tempat terbuka dan ramai pengunjung luar datang. Ada rakan bercerita bahawa ketika handle anjing, tiba-tiba ada seorang pakcik memarahi, ambil gambar semua. Tetapi sebagai student Vet kita perlulah faham dan bersabar. Itu hanyalah dugaan kecil sahaja. Senyum sahaja kerana kita faham hukum. Islam tidak pernah melarang kita untuk memegang haiwan-haiwan itu jika kita berniat dan bertujuan untuk belajar. Lagipun, ada cara yang sudah diajar untuk membersihkan najis berat itu dengan cara menyertu. Look, simple right. Nasihat saya, jangan melawan balik kerana akan menjejaskan reputasi diri, keluarga dan juga universiti.
            Selepas dah selesai, kita perlu membuat daily report dan menghantarnya untuk disemak. Akan ada 3 borang lain iaitu borang lapor diri borang penilaian oleh pelajar dan juga borang penilaian oleh industri. Ketiga-tiga borang dan buku laporan akan dikumpulkan dan dihantar apabila buka semester baru nanti.

Suggestion tempat
Image result for spca malaysiaImage result for spca malaysia
          Ketika tahun pertama seperti yang saya beritahu, kebanyakan kumpulan menyempurnakan di UPM sahaja selain bagi zoo dan animal shelter dan juga klinik. Tetapi ada juga yang buat di luar UPM mengikut masing-masing. Bagi zoo pula, banyak tempat yang sesuai sebenarnya. Zoo Negara ada pelbagai jenis haiwan dan boleh belajar banyak. Tetapi hati-hati sikit kerana ada zoo keepers yang gatal di sana. Nasihat saya jangan layan sangat diorang itu. Selain itu, Zoo Taiping, Perak juga one of the best. Di sana ada night safary. Farm in the City juga antara lokasi yang boleh menjadi pilihan. Zoo Melaka juga boleh menjadi pilihan. Yang penting mengikut kesenangan masing-masing. Ada yang buat di Zoo Negara dan stay di hotel ataupun di kolej sahaja. Tetapi jika stay di kolej, 6.30am dah kena bertolak sebab ingat KL jam tau. Tapi murah sikit kos penginapan nanti. Kalau satu kumpulan ramai negeri Melaka bolehlah buat di Zoo Melaka. Pakat-pakat nak stay rumah someone ke.  Jika anda daripada Sabah dan Sarawak bolehlah berpakat satu kumpulan semua dari sana. Mudahlah kerana tidak semestinya jadual yang kita rancang akan dapat. Kalau tidak bernasib baik akan dapat jadual yang tiba-tiba ada cuti tengah-tengah antara praktikal. Rugilah dan kalau nak balik kena naik flight dan kos juga tinggi.
Image result for zoo in malaysiaImage result for zoo in malaysia
Image result for zoo in malaysia
          Dalam satu kumpulan biasanya akan campur lelaki dan perempuan tetapi depends on kumpulan kamu sama ada nak campur ataupun tidak. Campur atau tidak ada kebaikan dan kekurangannya. Contohnya, jika campur kalau ada kerja yang agak berat biasanya lelaki yang akan diminta untuk lakukan. Tetapi kalau tidak campur juga tidak mengapa. Takkanlah staf-staf nak beri kerja yang berat dekat perempuan kan. Tetapi tidak bermaksud jika semua perempuan akan dapat kerja yang senang sahaja. Kerja-kerja rutin seperti saya mention sebelum ini tidak kiralah lelaki atau perempuan still kena buat. No excuse. Common sikit je tu. No problem. Advantage lain jika satu jantina sahaja satu kumpulan ialah senang jika mahu sewa hotel or rumah. Tak perlu untuk fikir dua bilik. The most important thing is pastikan dalam kumpulan anda itu ada seseorang yang ada lesen kereta and kereta tau. Penting sebab nak travel pergi tempat praktikal. Jika di kawasan UPM, van disediakan jadi tiada masalah tetapi jika di luar seperti di zoo dan animal shelter perlukan transport sendiri.
            Balik kepada cerita asal, sekarang saya akan teruskan ke suggestion tempat bagi animal shelter. Terdapat banyak animal shelter di setiap negeri. Bagi negeri Selangor, terdapat dua tempat iaitu SPCA Ampang dan juga PAWS. Antara dua tempat ini saya lebih cadangkan untuk ke SPCA Ampang. Hal ini kerana, disana banyak hands on tau lebih-lebih lagi di bahagian kucing. Waktu itu bolehlah practice bagi ubat. Untuk bahagian dog mereka sangat membenarkan untuk menyentuh anjing-anjing tetapi dengar cerita sangat manjalah anjing-anjing di sana. Ada yang mengatakan sampai koyak baju dan rip stoking kena tarik dengan dogs. Hahaha… tempat lain pulak ialah MIAR, SPCA Penang,Turkish Van Malaysia,SPCA KK, House of cats and many more.

How about money???

Image result for money malaysia


            Kos praktikal memang 100% sendiri kena tanggung. Daripada makan, penginapan, pengangkutan semua. Memang rasa seperti tidak adil tetapi terima sahajalah. Doa-doalah satu hari nanti akan ada alaun untuk praktikal. Hurmmm…sob…sob.. oleh itu janganlah membazir. Simpan duit elok-elok fikirkan kos untuk praktikal selain kos yuran, kos coverall, gumboot, scrubsuit, buku Merck yang macam kamus dewan tebalnya, dissecting kit, stetoskop, labcoat, bayaran itulah inilah dan banyak lagi. Untuk jadi seorang Vet memang tidak murah. Sebab itulah ramai yang memilih untuk praktikal dekat-dekat dengan UPM kerana sewa bilik kolej sehari RM4. Mana nak dapat kat luar wey. Dinasihatkan buat sahajalah pinjaman PTPTN jika tidak dapat apa-apa biasiwa kerana nak minta duit dari parents tu rasa malu tau dah la nak guna banyak. Tetapi sebelum itu, paling-paling berusahalah unutk dapatkan Yayasan negeri ke atau pinjaman negeri kerana tiada bunga yang dikenakan nanti berbanding PTPTN. Kalau anda ada rezeki insyaAllah boleh dapat JPA. Cuma nak beritahu bahawa tidak banyak agensi yang nak bagi biasiswa dekat pelajar Vet tau. Mungkin kerana bilangan kita yang kecil di Malaysia ini. Tetapi kalau ada rezeki bersyukur ye. Alhamdulillah.

https://mrvetstory.blogspot.com/2017/09/practical-aittt.html
Back to Top