-->

Type something and hit enter

Translate


On
 BATCH 99 SASIS PRODUCTION 4⃣
“Choose your best choosen”
DQ (JAKIM) ,IPG,KPM,F6,MATRIK

DQ🎉🎉 Online JAKIM website
First, sama jugak kene mohon online. sec, tggu permohonan sama ada dpt pegi iv atau tak. Klw dpt, dia akan pggl kita utk pegi iv. Then, tggu result utk taw sama ada lulus or tak iv tu.
*(Detail psl iv tu kita kene hafal ayat ape yg dia bagi dlm tempoh masa yg dia tetapkan n kene tasmik dgn panel tu. Ade jugak dia tnye dua ke tiga soalan pasal tajwid)*
⭐️brpe kursus yg boleh mohon
-basic nye kt dq ni mmg all about menghafal but still ade kos yg kite boleh choice.
📘Ade 6 kos (qiraat, muamalat, pengurusan halal,hadis,dakwah,syariah)
⭐️subjek
- bergantung pd setiap kos yg dipilih. Subjek yg mmg wajib dr sem 1 smpai sem 6 ialah bahasa arab.
⭐️jangka masa kuliah
- masa kuliah sngt berbeza dgn mana² U lain. 8 pg smpai 10 pg ialah masa utk kelas quran( means masa kita utk tasmik dgn ustz or ustzh, bukan baru nk hafal). 10.30 baru akan mula kuliah utk subjek² lain. Tp utk sem 1 dan sem 2 smue akan blaja subjek yg basic dan mmg smue wajib ambik. Sem 3 baru akan pecah ikut kita pnye choice kos yg ada 6 td tu. Sem 1 ( arab,tafsir,qiraat,ulum quran,tajwid,syafawi, tahriri). Sem 2 (arab,bi,akidah,qiraat,syafawi,tahriri). Syafawi means kita kene tebuk mana² ayat yg kita dah hafal tu, then kita baca depan ustz ustzh. Tahriri pon sama jugak kene tebuk tp tu secara bertulis.
⭐️jaminan kerja
- bergantung pd kos yg kita ambik, bnyk choice yg boleh kita pilih mengikut kos kita. Dan yg plg mudah utk dpt kerja ialah pensyarah tasmik. Which mean kita kerja under dq n jakim
⭐️yuran
-sekali bayar utk 3 tahun
⭐️elaun
-rm 450 sebulan
⭐️xtvt
- bnyk persatuan yg kita boleh join, kelab fasilitator(kefda), silat, kelab kesenian islam, kelab rakan pusat islam(rapi), kelab ekonomi dan bnyk lg.
⭐️pengalamn
- spnjg dah 2 sem dekat dq , mmg bersyukurlah. Kita dikelilingi dgn org yg mnghafal quran. Suasana yg baik. Selain kita mnghafal, kita digalakkan jugak dgn program² luar. Tp yg plg best sbb kita sntiasa dekat dgn quran
⭐️nasihat
- ofkos kene kuat mental fizikal, sbb bukan senang kita nk jaga kalam Allah, nk jaga ayat quran. Semua aspek kita nk kene jaga. Sbb klw ape² nnty akan effect pd quran kita ( cepat lupa or susah nk mnghafal). Satu lg , sbb kita kene balance kan antara quran, akademik, n persatuan or kelab yg kita join. Tp once kita dah stable. Inshaallah smue nye akan Allah permudahkan utk kita 😊 tp utk permulaan bagi yg belum pernah menghafal , cabaran yg sngt² lah kuat yg kita mmg kene bnyk sabar n kuat smngt .
*degree bole smbung di uia,usimn len2*

IPG🎉🎉
-Ada tiga fasa memohon, first kena isi online. Kedua, bila lulus online kena hadir ujian kelayakan fizikal dan kecergasan

. Ketiga, bila lulus ujian kecergasan, boleh hadir untuk temuduga.
🌻Brpe Kursus yg boleh mohon
-Ada banyak kos boleh ambil tapi tak semua ipg ada semua subjek. Contohnya kampus saya kat terengganu ada tiga subjek je ;BM,BI dan PAI
🌻Subjek
-Banyak, bergantung pada pilihan. Dan setiap ipg tak semestinya ada semua subjek
🌻Jangka masa kuliah
- mula kelas pukul 8 pagi, habis pukul 4:30 petang,,1 tahun asasi,4 tahun degree(ipg)*(bfore msuk pismp(degree perguruan)smua plajar wjib jlani kursus slama setahun(ppismp) untuk kelayakan sambung pismp,klau gagal ade last chance)*
🌻Jaminan kerja(sektor pekerjaan)
-Prospect kerja tetap, which mean mmg akan jadi cikgu tak jadi lain dah. And KPM dia amik calon ikut keperluan masa hadapan. Which mean dia dah anggar berapa banyak cikgu dia nak so nanti tak berlaku pengangguran insha Allah.
🌻Yuran
-Sepenuhnya ditanggung kerajaan
🌻Pinjaman/elaun
-elaun disediakan rm 430 sebulan
🌻Xtvt
-ada banyak persatuan, silat, debat,kelab seni, kelab ragbi,bola jaring, aktiviti amal pun ada, kejohanan olahraga tahunan dll
🌻Pengalaman
-sepanjang masuk ipg ni memang bersyukur sangat, tak sangka banyak bakat terpendam yang boleh kita cungkil
Contoh: bercakap di depan, berlakon, bertanding dalam pilihanraya ipg
🌻Nasihat
-kuat mental dan fizikal, cuba je apa saja dan kena cekap buat kerja sebab ipg dia jenis bagi kerja banyak dan masa sikit sebab dia nak tengok macam mana kecekapan kita

*Kolej Professional Mara*🎉🎉
-Mohon di laman web rasmi Mara. KPM sepenuhnya under MARA. KPTM, UITM dll bukan sepenuhnya under MARA.

🏹 _KURSUS YG DITAWARKAN_
-Byk. Dan ada pusat/pembahagian bidang. Cth:- Accounting dkat KPM Beranang. Business dkt KPM seri Iskandar.

🏹 _SUBJEK_
- Bergantung pada pilihan. Banyak subjek ditawarkan yg diperlukan oleh anak Melayu pada masa hadapan. Cth:- Mandarin kerana dijangka pada masa hadapan negara China akn menguasai bidang perniagaan. Business Communication, Public Speaking, Entrepreneur, ICT dll.

🏹 _JANGKA MASA KULIAH_
- Kelas bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir selewat-lewatnya pada jam 4.30 ptg. Namun, tidak perlu bimbang kerana jadual waktu pembelajaran di KPM *tidak padat*.

🏹 _PROSPEK KERJAYA_
- Amat luas. Malaysia memerlukan anak Melayu utk menguasai sektor2 pekerjaan di Malaysia pada masa hadapan. Anak2 MARA akan diberi kelebihan dan diutamakan utk menyambung pelajaran serta peluang pekerjaan.

🏹 _YURAN_
- Sangat murah. RM180  satu sem sahaja. (2 thun,4 sem)

🏹 _ELAUN_
- Setiap pelajar akan diberikan elaun sebanyak RM300 setiap bulan.

🏹 _KOKURIKULUM_
- Banyak. Ada indoor and outdoor activities. MARA akan adakan pertandingan sukan setiap tahun. Selain drpd melahirkan pelajar yg bijak dalam bidang akademik, KPM juga mampu melahirkan atlet yg berkualiti.

🏹 _PENGALAMAN_
- Sepanjang di Kolej Professional Mara Seri Iskandar ini, saya bersyukur kerana byk kemudahan telah diberikan oleh pihak MARA kepada kami. Saya juga telah diberikan peluang utk menyertai sukipt bagi mewakili Kolej Professional Mara seluruh Malaysia. Pensyarah2 di KPM kebanyakannya mempunyai pengalaman yg sgt luas.

🏹 _NASIHAT_
- Masuk KPM takkan menyesal. Serius seronok. Lecturer majoriti supporting. Peluang nak join sukan peringkat kebangsaan sgt mudah. Elaun dapat. Yuran x mahal. Xde rasa beban pun. Nak jimat masuk KPM. ☺️

P/s: KPM fast track kalau rasa nk terus fly oversea lepas Diploma. MARA taja.

*F6*🎉🎉🎉
🏢Aliran mengikut sekolah
Aliram Sains Tulen, Sains kemanusiaan, Agama
🕒jimat masa,satu tahun setngah
✏️bole repeat paper,
👍🏻pakaian bebas,cuti mcm budx sklh
😆sijil diiktiraf Cambridge ~
Maksudnya kalau lps stpm kan,kau tanak sambung blajar kan and kau nak keje contohnya kat mcd ke kfc ke gaji kau tinggi sket lah dri yg layin. And maybe kau boleh terus jdi manager
😌Kalau kt kelas,ckg takkan suap kau. Kau kene buat sendiri semua bnda. Ckg cuma bantu kau je.👉🏼👉🏼Pastu f6 ni banyak presentation,sbb nak latih diri tu utk kt u nnt,
👨🏻‍🎓Lpstu,sem2 ada kerja kursus. Kau kena buat sendiri dri awal mcm proposal,pastu pegi tmpt kajian. And mcm aku,aku buat pasal kilang perabot.so,aku kena berinteraksi dgn pengusaha kilang,duduk kat kilang
ure utk hal berkaitan U spt subjek pljrn
 Good luck

“Step in your real life”
“Successful come after failure “
“Kegagalan berulang itu yg menghukum,ambil iktibar,dn berubah”

 #UniSZA #UiTM #UUM #UIAM #UPSI #USIM #UMT #asasi #diploma #DQjakim #F6 #IPG #KolejProfesionalMara

*MATRIKULASI*🎉🎉
-permohonan melalui online
-beli no pin dekat bsn
🌻module kat matrik
-matrik ada 2 jenis matrikulasi ngan matrikulasi teknikal.  Kalau macam saya matrik biasa so dia ada bidang sains ngan acc
🌻Subjek
-kimia ngan math subjek wajib bagi course sains.
Ada 3 module untuk sains
Module 1 : kimia, math, bio n fizik.
Module 2 : kimia,math, fizik n sains comp.
Module 3 : kimia,  math,  bio n sains comp.
Kalau acc : acc,  eko
, bis n math

🌻Jangka masa kuliah
- mula kelas pukul 8 pagi, habis pukul 5 petang,,1 tahun.
- ada jugak program untuk 2 tahun (topik yg die blajar sama je) cume lbih rilek je
🌻Yuran pendaftaran
-±rm600
🌻Pinjaman/elaun
-elaun disediakan rm 250 sebulan
🌻Xtvt
-ada banyak persatuan, silat, debat,kelab seni, kelab ragbi,bola jaring, aktiviti amal pun ada, kejohanan kakom tahunan dll
🌻Pengalaman
-sepanjang masuk matrik ni,tak sangka banyak bakat terpendam yang boleh kita cungkil
Contoh: bercakap di depan, berlakon, bertanding dalam pilihanraya jpp,,,kt matrik,,kls pek padat,so kne la struggle skit...jaga pointer,bru senang nk minx degree nnty,xde la kne lelong🤭
🌻Nasihat
-kuat mental dan fizikal, cuba je apa saja dan kena cekap buat kerja sebab matrik dia singkat je.  Kalau tanguh2 payah la nak cover.
-join je semua aktiviti. Enjoy je tak yah tension2.

“Choose your best choosen”
PUO,UITM ,UNIMAP

POLITEKNIK UNGKU OMAR 🎉🎉(isi online)
Pelbagai kursus yang menarik ditawarkan(bole rujuk google)
📘6 semester (3 tahun) termasuk dengan latihan industri
😃Jaminan pekerjaan yang luas kerana kemahiran yang ditawarkan penting untuk industri di serata tempat/ membuka perniagaan sendiri dengan mencetuskan inovasi baru
💵Yuran yang murah dan berpatutan berbanding ipta lain (penyediaan asrama bagi semester 1&2)
💵Pinjaman ptptn @ mendapat zakat PUO
🕺🏼Banyak aktiviti yang menarik dijalankan seperti pertukaran pelajar
🌂Banyak pengalaman yang bakal ditimba jika mengambil bidang kemahiran kerana ujian amali dilakukan
'Come and study in PUO to gain more experience and excellent in your job'

*Uitm tapah* 🎉🎉
(isi on9@upu)
-📙Dip.sains,dip.sains & matematik, dip.perakaunan, dip.statistik, dip.sains aktuari
-🕒5 semester ( 2½ tahun)
👨🏻‍🎓peluang pekerjaan banyak cth: ahli farmasi, doktor, akauntan, engineer, dll n nak sambung degree digalakkan
- 💸semester pertama RM743, semester seterusnya RM530+-
- 💵zakat n elaun makan boleh mintak
- ⚾️⚽️aktiviti ni ikutlah kalau rajin nak join tapi sem 1- sem 3 koku wajib, aktiviti sendiri ikutlah kau nak join kelab apa pun..kerohanian ke nak asah soft skill ke sukan ke atau kebudayaan
- Uitm ni ok lah sbb jadual x trllu pack n kau xde lah stress sgt, kemudahan pun okay.
- just hidup ikut kemampuan kau n xyah ikut org klu kau x mampu. Pandai2 bahagi masa.

UniMAP (UPU) 🎉🎉
😄6 kursus ditawarkan :-
       - Diploma Kejuruteraan Komputer
       - ‎Diploma Kejuruteraan Elektrik
       - ‎Diploma Kejuruteraan Pembuatan
       - ‎Diploma Kejuruteraan Mekatronik
       - ‎Diploma Kejuruteraan.        Mikroelektronik
       - ‎Diploma Kejuruteraan Metalurgi
5 semester belajar,  1 semester Latihan Industri (LI)
       - maksimum 1 semester 20/21 kredit
👨🏻‍🎓Peluang pekerjaan luas kerana sekarang kerajaan ada menjalankan industri 4.0
💸Yuran 1 semester RM 1010 (terkini)
       - waktu LI akan dapat elaun kalau x silap
💵Pinjaman dan elaun bergantung kalau ade mohon atau ditaja
🕺🏼Kompleks sukan ade, banyak bekerja dengan mesin @ ikut bidang yg diambil
📗📗Tingkatkan kemahiran dlm it, kejuruteraan, komunikasi ⬅️ ade ambik subjek ikom(berkaitan komunikasi)
9) ‎UniMAP ni x memilih pelajar untuk grade sebab UniMAP ni baru lagi
     - lagi pun statistik ade menunjukkan UniMAP ni tergolong dlm 3 universiti yg graduan nye dpt peluang pekerjaan
     - ‎kat sini ade sistem RPS. Macam mentor menti lah. Kirenye kita boleh berhubung terus dgn lect
Back to Top