Karangan Jenis Keperihalan
Berkelah di Tepi Pantai
Pada minggu lepas, kami sekeluarga telah berkelah di Pantai Port Dickson. Pantai Port Dickson terkenal dengan pantainya yang landai dan airnya yang jernih. Kami pergi dengan menaiki kereta bapa.
Sebaik sahaja kami tiba di destinasi, kelihatan kawasan pantai sudah dipenuhi orang ramai. Ada yang berenang, mandi-manda, bermain bola, dan berkejar-kejaran. Ada juga yang hanya duduk berehat di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam.
Kami meletakkan bekalan makanan yang dibawa di atas hamparan tikar. Kami duduk berehat di bawah pokok yang rendang. Keadaan udara di tepi pantai itu sungguh nyaman. Bunyi deruan ombak sekali-sekala menenggelamkan suara pengunjung yang berada di situ.
Apabila rasa penat telah hilang, saya dan adik bermandi-manda di laut. Selepas puas mandi-manda, kami mula terasa lapar. Kami pun naik ke darat untuk menjamu selera. Selepas itu, kami sekeluarga bertepuk tangan dan menyanyi dengan girangnya.
Kemudian, saya dan adik berkejar-kejaran di tepi pantai. Kami juga membina istana pasir dan mengutip kulit siput. Ibu bapa saya bersiar-siar di pantai sambil menikmati pemandangan yang indah permai. Kami sekeluarga bergambar bersama-sama sebagai kenangan.
Menjelang senja, saya membantu ibu mengemas barang untuk pulang. Bungkusan makanan dan sampah sarap dibuang ke dalam tong sampah. Walaupun agak letih tetapi perkelahan kali ini sungguh menyeronokkan.