-->

Type something and hit enter

Translate


On
Karangan Jenis Autobiografi

Aku Sepasang Kasut

Aku sepasang kasut. Nama aku Bata. Aku diperbuat daripada kain kanvas. Aku berwarna kelabu. Rupa aku menawan. Aku dilahirkan di sebuah kilang kasut yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Setelah siap, aku dimasukkan ke dalam sebuah lori. Aku dihantar ke sebuah kedai kasut di Kuala Lumpur. Aku berkenalan dengan banyak kawan seperti Asadi, Pallas, Reebok, dan sebagainya. Kami sering bercerita tentang impian masing-masing. Aku dipamerkan di atas rak kasut. Aku berharga RM59.90

Pada suatu hari, seorang wanita membawa anaknya mengunjungi kedai kasut itu. Dia hendak membeli kasut untuk dijadikan hadiah hari jadi anaknya. Dia terpesona dengan kecantikanku lalu membeliku. Setelah membayar wang, aku dibawa pulang.

Tuan aku bernama Ali. Ali memakai saya apabila berjoging bersama-sama rakan-rakannya. Rakan-rakanya asyik memuji akan kecantikan aku. Ali menjaga dengan baik. Setiap minggu, dia mencuci aku. Setelah dijemur, aku disimpan dalam almari kasut.
Saya berasa bangga kerana mempunyai tuan yang baik seperti Ali. Dua tahun telah berlalu,  kini diri aku telah uzur. Tapak aku mulai haus dan tubuh aku telah mula cedera. Pada suatu hari, Ali pulang dengan membawa sepasang kasut baru.
Aku berasa sungguh sedih. Ali telah menyimpan aku di dalam stor. Tinggallah aku dalam kegelapan dan kesepian. Tidak kudengar lagi berita mengenai tuan aku. Tinggallah aku sendiri di sini menghitung hari-hariku. Begitulah riwayat hidupku sebagai sepasang kasut.


Back to Top