Contoh Karangan PT3
Kebaikan Riadah
Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Mengikut Kamus Dewan riadah bermaksud segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Pada pandangan saya aktiviti riadah ini patut dijadikan amalan mingguan keluarga. Terdapat beberapa kebaikan yang diperolehi daripada amalan riadah.
Antara kebaikan riadah ialah kita dapat menyihatkan badan. Badan yang sihat membolehkan kita melakukan aktiviti harian dengan lancar. Jika badan kita sakit, kita terpaksa mendapatkan rawatan. Hal ini pastinya akan menyusahkan diri kita sendiri kerana terpaksa mengeluarkan wang untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Selain itu, aktiviti riadah juga membolehkan kita mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Masa lapang yang tidak diisi dengan aktiviti berfaedah akan merugikan kita. Kita juga mudah terjerumus dengan kegiatan kurang berfaedah seperti banyak menonton rancangan hiburan televisyen, bermain permainan video, melepak dan
sebagainya. Dengan beriadah bersama keluarga, masa lapang dapat digunakan dengan berfaedah dan tidak terbuang begitu sahaja.
Aktiviti riadah yang dilakukan bersama keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Semasa aktiviti riadah dilakukan, ibu bapa boleh mengambil kesempatan itu untuk menasihati anak-anak contohnya menasihati mereka tentang nilai-nilai murni yang wajar diamalkan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa juga boleh bertukar-tukar pandangan dengan anak-anak tentang sesuatu perkara yang dilihat atau dibaca. Hubungan kekeluargaan yang rapat ini akan menjadikan kehidupan sesebuah keluarga bertambah bahagia.
Di samping itu, aktiviti riadah juga boleh memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Pada hujung minggu atau hari cuti umum, masyarakat yang berbilang kaum akan melakukan aktiviti riadah di tempat yang sama. Apabila bertemu biasanya mereka akan tersenyum dan bertegur sapa. Secara tidak langsung aktiviti riadah dapat memupuk perpaduan kaum dan rakyat di negara ini pasti dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Bagi para remaja, aktiviti riadah yang dilakukan akan menghindarkan mereka daripada perbuatan negatif. Antara perbuatan negatif tersebut ialah melepak dan merempit. Perbuatan melepak dan merempit akan merugikan diri remaja sendiri. Jika remaja melakukan aktiviti riadah, minda mereka akan menjadi cerdas dan bebas daripada anasir negatif.
Sebagai kesimpulan, aktiviti riadah mendatangkan banyak kebaikan. Justeru, pihak kerajaan wajar membina lebih banyak tempat yang boleh dijadikan tempat riadah. Pada pendapat saya, pemimpin setempat boleh mengadakan kempen bagi menggalakkan lebih ramai penduduk melakukan aktiviti riadah. Sesungguhnya aktiviti riadah menjadikan kita lebih sihat dan ia juga mendatangkan banyak faedah kepada negara.