-->

Type something and hit enter

Translate


On
Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2018/2019

Kepada pelajar Tingkatan 5, permohonan secara atas talian (online) untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun sesi pengajian pengambilan 2018 / 2019 dibuka sehingga 30 November 2017.

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2018/2019


Sistem Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi 2018/2019

Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi bagi tahun pengambilan sesi 2018 / 2019 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).

Syarat Kelayakan Permohonan Kolej Matrikulasi

Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018 dan menghantar borang permohonan online sebelum atau pada 30 November 2017
Untuk lebih lanjut sila klik link ini : Maklumat Permohonan Online Kolej Matrikulasi Sesi 2018/ 2019


Cara Memohonan Kolej Matrikulasi Secara Online

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI).
Pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) dengan membayar RM6.06 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.
Nota : Pemohon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/4036/4040 atau melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my
Back to Top