-->

Type something and hit enter

Translate


On
CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017



CONTOH JAWAPAN 


1. Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian.


Peta adalah lukisan sebahagian permukaan bumi yang dilihat dari aras yang tinggi. Pada peta lakar ditunjukkan objek-objek yang disebut sebagai ciri geografi. 

Ciri fizikal ialah ciri-ciri semula jadi di kawasan kajian, contohnya ialah bukit, sungai, hutan dan paya. 

Ciri budaya ialah ciri-ciri yang terhasil dari objek-objek buatan manusia di kawasan kajian, contohnya ialah pertanian, perlombongan, perindustrian, sekolah, masjid, jalan raya, rumah, pasaraya dan jambatan.


contoh huraian 1:
Kawasan kajian saya adalah Bercham. Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Ipoh, Negeri Perak. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran dengan Sungai Kinta. Bercham terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur. Keluasan kawasan Bercham adalah lebih kurang 6 km persegi.  
Pekan Bercham terletak lebih kurang 8 km dari bandaraya Ipoh. Antara kawasan lain yang berhampiran dengan Bercham adalah pekan Tambun, Kampung Tasek, Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek Kampung Tawas, Kampung Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan Ampang.  
Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco, Tesco Extra, Plaza Kinta dan lain-lain. Bercham juga hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'. Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini. Lebuhraya Utara-Selatan ada susur keluar di sini iaitu di bahagian Ipoh Selatan. Jadi Bercham menjadi titik masuk dan keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.

contoh huraian 2:
Kuala Rompin ialah merupakan kawasan pentadbiran daerah Kuala Rompin. Kebanyakan penduduk Kuala Rompin menjalankan aktiviti seharian seperti pertanian dan perikanan. Kuala Rompin juga terkenal dikalangan kaki pancing menyebabkan Kuala Rompin terkenal dengan nama “Bandar Udang Galah”. Hal ini demikian kerana, pantai Kuala Rompin mempunyai keunikan tersendiri seperti cantik dan bersih. 
Kuala Rompin juga terkenal dengan ikan layaran menyebabkan ramai pemancing dari pelbagai negeri dan juga pemancing dari Singapura datang ke Kuala Rompin. Infrastruktur jalan raya disediakan untuk ke Pasar Tani Kuala Rompin seperti Jalan Dato Ibrahim yang menghubungkan kawasan Bandar Kuala Rompin dengan kawasan Pasar Besar Kuala Rompin. Melalui pemerhatian saya, terdapat juga bangunan-bangunan di sekitar Pasar Tani Kuala Rompin seperti bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air (JBA), Pusat latihan Angkat Berat Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rompin. Jarak Pasar Tani ini dari kawasan perumahan penduduk Kuala Rompin lebih kurang 2 kilometer sahaja menyebabkan ramai pengunjung yang datang ke Pasar Tani ini. 
Bentuk muka bumi di kawasan Pasar Tani ini ialah tanah pamah menyebabkan aktiviti perniagaan mudah dijalankan. Kawasan Pasar Tani yang dahulunya hutan yang berpaya telah ditebang untuk membina tempat perniagaan seperti Pasar Besar Kuala Rompin dan Pasar Tani Kuala Rompin yang dijalankan pada hari selasa setiap minggu. Terdapat sistem saliran yang sistematik dibina di kawasan Pasar Tani ini. Longkang yang dibina mengalir terus ke Sungai Kolek. Kawasan Pasar Tani yang rendah akan menyebabkan berlakunya takungan air ketika hujan lebat. Fenomena banjir dapat diatasi dengan adanya sistem saliran yang mengalirkan air terus ke luar. 
Sumber:ceriteracintabalqis
Back to Top