-->

Type something and hit enter

Translate


On
CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017


CONTOH JAWAPAN 



2. Peta Lakar kawasan kajian.

Peta lakar anda mestilah mempunyai tajuk, simbol peta topografi, petunjuk, arah mata angin dan bingkai. Simbol peta ialah suatu lukisan atau perkataan yang digunakan untuk mewakili ciri geografi. Berikut adalah beberapa contoh simbol yang menunjukkan ciri geografi.





Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahan awam lain yang terdapat dalam peta. Contohnya:


Sek. = Sekolah
Kg. = Kampung
G. = Gunung
P.P. = Pejabat Pos
T.A. = Tali air
P.D. = Pejabat Daerah
Hosp. = Hospital
Tg. = Tanjung
W.P. = Wakil Pos
Pt. = Parit
S. = Sungai
R.R. = Rumah Rehat
Pdg. = Padang
Bt. = Bukit
K. = Kuala
T.A. = Tali Air
B.P. = Balai Polis
Kb. = Perkuburan
Ldg. = Ladang


Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.

Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar = Merah jambu dan kelabu


Langkah-langkah untuk menyediakan peta lakar

Langkah 1: Tinjau dan perhatikan kawasan kajian
Langkah 2: Lukiskan sebuah peta rangka kawasan - bingkai
Langkah 3: Lukis simbol fizikal dan simbol budaya
Langkah 4: Lengkapkan peta dengan tajuk peta, petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.


Cara melukis peta lakar dengan menggunakan Google Maps atau Google Earth.


Contoh peta lakar:



Mentafsir Peta Lakar.
Contoh huraian 1:

Peta menunjukkan Kampung Temia dan kawasan sekitarnya yang terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat sebatang sungai di kampung Temia dan kawasan sekitarnya yang mengalir dari barat laut ke tenggara. Hutan merupakan tumbuhan semulajadi yang terdapat dalam petak dan terletak di barat laut. Tanaman utama di kampung temia dan kawasan sekitarnya ialah padi, getah dan kelapa sawit. Terdapat beberapa petempatan di dalam peta. Selain daripada Kampung temia, terdapat juga Kampung Sena dan Kampung Mahir. Di antara kemudahan awam yang terdapat di Kampung Temia dan kawasan sekitarnya ialah sekolah, balai polis dan pejabat pos. Pertanian merupakan pekerjaan utama iaitu menanam padi, getah dan kelapa sawit. 

Contoh huraian 2:

Peta lakar ini menunjukkan kawasan sekitar sekolah. Di kawasan sekitar sekolah terdapat bukit, paya, sawah, sungai dan masjid. Kawasan bukit dapat dilihat di bahagian barat laut peta. Sungai Gawar mengalir dari kawasan tanah tinggi ke tanah pamah, iaitu dari arah barat laut ke arah tenggara. Kawasan paya terdapat di bahagian barat peta. Kawasan paya merupakan kawasan yang paling rendah dalam peta dan tidak mempunyai petempatan.           Terdapat sebuah masjid di bahagian timur laut peta. Jarak lurus dari sekolah ke masjid melalui jalan raya ialah 4 km. Di bahagian timur peta pula kelihatan sawah padi. Dapatlah dikatakan bahawa bersawah adalah antara pekerjaan utama sebilangan utama besar penduduk di kawasan ini.

Lorekkan kawasan berpotensi pada peta lakar

Berdasarkan peta lakar yang dilukis, anda dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi untuk dimajukan.

Contoh huraian:
Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana berdekatan dengan kawasan Zon Perindustrian Bebas. 
Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana mempunyai banyak permintaan terhadap kawasan perumahan kos rendah dan mampu milik.  
Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana kawasan tersebut adalah kawasan tumpuan orang ramai yang boleh menjadi kawasan pelancongan. 
Sumber:ceriteracintabalqis
Back to Top