-->

Type something and hit enter

Translate


On
Sambutan Hari Kanak-kanak

        Sekolah saya menyambut Hari Kanak-Kanak pada minggu pertama bulan Oktober tiap-tiap tahun. Hari ini adalah hari yang paling gembira bagi kanak-kanak sekolah.

        Pada Hari Kanak-Kanak,saya tiba di sekolah lebih awal dari biasa. Murid-murid semuanya kelihatan tersenyum-senyum kerana suka hati. Pada pukul 10.00 pagi, kami masuk ke dewan sekolah untuk menyaksikan persembahan pentas oleh murid-murid. Acara-acara yang dipersembahkan ialah nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya.

        Selepas itu, murid-murid pun balik ke bilik darjah masing-masing. Kemudian guru darjah pun membahagikan bungkusan hadiah kepada murid-murid. Dalam bungkusan itu ada gula-gula; biskut, minuman kotak, kek dan lain-lain lagi.

        Hari Kanak-Kanak merupakan hari yang penuh erti bagi semua kanak-kanak di dunia. Kanak-kanak adalah harapan bangsa dan tiang negara pada suatu masa kelak. Jadi semua kanak-kanak harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi rakyat yang baik.
Back to Top