-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Hobi Saya

Terdapat dua kategori hobi iaitu hobi yang baik dan hobi yang tidak baik. Hobi yang baik akan mendatangkan faedah kepada kita , dan begitulah sebaliknya.

Hobi yang baik termasuklah membaca, mengumpul setem, memancing ikan, bersukan dan sebagainya. Jangan atnalkan hobi yang tidak baik seperti minum arak, tnelepak atau berjudi, ianya ’ akan menjahanamk&n kita.

Hobi saya ialah membaca buku. Saya suka membaca pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, surat khabar, majalah, fetisiklopedia dan sebagainya. Buku-buku dan majalah itu ada yang dipinjam dari perpustakaan dan ada yang dibeli oleh ibu atau ayah saya. Kadang-kadang saya meminjam daripada kawan saya.

Bila ada masa lapang, saya suka pergi ke perpustakaan kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahan bacaan khasnya buku cerita. | Saya dapat membaca dengan sepuas-puas hatinya. Saya selalu membaca di dalam perpustakaan sehingga pengawas mengingatkan saya bahawa masa sudah sampai untuk mereka menutup pintu.

Buku-buku yang tidak sempat dibaca akan saya pinjam balik untuk dibaca pada hujung minggu. Saya juga suka pergi ke kedai buku kerana di sini terdapat banyak buku yang kemas kini. Kawan saya suka memanggil saya ulat buku.

Membaca memang hobi yang baik. Di samping menambahkan pengetahuan kita, ia juga dapat menambahkan penguasaati bahasa kita. Oleh itu, adalah bijak kalau anda memilih membaca sebagai hobi anda.



Back to Top