-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Kampung Saya

Saya tinggal di sebuah kampung yang sederhana besarnya Kampung saya aman dan sentosa selalu. Ia memang sesuai dengan namanya iaitu Kampung Mumi. Di sini terdapat lebih kurang 6000 orang penduduk. Penduduk-penduduknya terdiri daripada orang Cina, orang Melayu, orang India, dan sedikit orang Asli. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai petani, terdapat juga pemandu lori, pekedai, pentemak ayam, dan sebagainya.

Di kampung saya terdapat kemudahan awam seperti bekalan air,bekalan elektrik, pondok telefon awam, pasar, pejabat pos, dewan orang ramai dan sebuah taman rekreasi kecil. Di sini juga ada sebuah padang yang sederhana besarnya. Pemuda-pemudi selalu bermain bola sepak di sini.

Ketua kampung saya bemama Encik Wong Kok Choy. Beliau seorang ketua kampung yang adil dan bertanggungjawab. Beliau selalu menjaga kebajikan anak buahnya. Oleh itu, penduduk di sini sangat menghormatinya.

Kampung Mumi ialah sebuah kampung yang bersih, aman dan tenteram. Saya berasa selesa tinggal di kampung ini. Penduduk di sini saling membantu dan dapat bergaul mesra. Pada hari-hari perayaan, penghuni-penghuni di sini akan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Ini adalah satu kebiasaan yang telah menjadi tradisi kampung ini.

Saya sukakan kampung saya. Saya berharap agar keistimewaan kampung ini dapat dikekalkan. ,

Back to Top