Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Melawat ke Muzium Negara
Pada 5 Mei 2018, Persatuan Bahasa Cina sekolah saya telan menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, sebuah tempat yang dimuatkan dengan barang-barang yang bersejarah. Muzium ini terletak di Kuala Lumpur. Rombongan kami terdiri daripada 35 orang ahli persatuan dan dua orang guru. Guru Besar juga turut serta dalam lawatan ini. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dengan sebuah bas sekolah.
Perjalanan selama satu jam itu sungguh membosankan kerana ctiaca panas dan bas itu pula tidak berhawa dingin. Kebosanan kami hilang sebaik sahaja sampai di destinasi kami. Di hadapan bangunan yang tersergam indah itu terdapat sebuah model kereta Proton Saga, kereta buatan Malaysia. Ia ntelambangkan kemegahan negara kita. Terdapat juga beberapa buah kenderaan lama seperti kereta bomba, kereta lembu dan beca dipamerkati di situ.
Kami pun berbaris untuk memasuki muzium itu. Mula-mula kami pergi melihat barang-barang ptirba seperti pisau, pedang, senjata api, duit syiling, dan sebagainya. Lepas itu, kami melihat pakaian berbagai bangsa dalam satu senario majlis perkahwinan, ada istiadat perkahwinan orang Melayu, orang Cina, orang India, dan kaum lain di Malaysia. Gambar-gambar orang zaman dahulu dan orang purba juga dipamerkan.
Pada pukul 12.00 tengah hari, kami pun beredar dari situ. Lawatan ini sememangnya telah menambahkan pengetahaun ahli-ahli persatuan tentang benda-benda yang bersejarah.