Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Melawat ke Pulau Pinang
Pada hujung minggu yang lepas, sempena hari kanak-kanak, sekolah saya telah menganjurkan lawatan satu hari ke Pulau Pinang. Rombongan kami terdiri daripada 120 orang murid dan diketuai oleh Guru Besar dan Cikgu Loo.Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas sewa. Pihak sekolah telah menyewa tiga buah bas.
Selepas 30 minit, kami pun sampai di jeti Butterworth. Kami menaiki feri untuk sampai ke Pulau Pinang. Murid-murid berasa seronok kerana dapat menaiki feri. Ada pula yang berasa petting dan takut.
Bila sampai di Pulau Pinang, bas kami pun berjalan menuju ke Bukit Bendera. Bila sampai di kaki Bukit Bendera, kami pun menaiki kereta kabel untuk ke kemuncak gunung. Sepanjang perjalanan dalam kereta kabel, kami dapat menikmati pemandangan hutati ritriba semula jadi yang sungguh menakjubkan. Di kemuncak Bukit Bendera, kami dapat melihat pemandangan pulau itu melalui teleskop.
Selepas itu, kami pergi ke Kek Lok Si. Kek Lok Si ialah sebuah tempat ibadat orang-orang Cina. Bangunan ini sudah tua dan bersejarah. Kami menaiki tokong itu melalui tangga. Di sepanjang tepi tangga terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jehis barangan. Kebanyakannya ialah cenderamata dan pakaian. Murid-murid yang berminat membeli singgah di gerai berkenaan untuk tawar-menawar dengan penjual. Harganya potong leher kalau tidak ditawar.
Kami makan tengah hari di sebuah restoran. Lepas itu kami berkunjung ke Taman Botanikal. Di taman ini terdapat banyak monyet. Monyet-monyet itu bergayut-gayut di atas pokok. Bila ternampak pelancong, mereka pun turun dari pokok. Sungguh garang monyet di sini, ia telah tnerampas beg tangan kawan saya. Sebelum balik, kami sempat bermandi-manda di Tanjung Bungah, sebuah pantai yang cantik. Air laut di sini jernih dan pasimya putih macam kapas.
Kami bertolak pulang pada pukul 8.00 malam setelah makan malam di tepi pantai. Lawatan ini amat bermakna untuk saya kerana inilah kali pertama saya melawat ke Pulau Pinang. Lawatan ini telah menambahkan pengetahuan kami tentang Pulau Pinang, sebuah pulau yang indah permai. .