-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Diri Saya

Saya bernama Chong Keng Sing. Saya berumur 12 tahun. Saya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)Chi Heng dalam darjah 6. Tiap-tiap pagi saya pergi ke sekolah dengan menunggang basikal.

Di sekolah, saya telah dilantik menjadi pengawas. Saya juga adalah setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di sekolah saya. Saya amat berminat dalam permainan bola keranjang. Saya telah dipilih sebagai pemain pasukan sekolah.

Mata pelajaran yang paling saya gemari ialah Bahasa Melayu. Pada masa lapang, saya suka membaca buku cerita dan majalah-majalah pelajar. Kadang-kadang saya menolong ibu mengemaskan rumah apabila ibu sibuk dengan kerja-kerja yang lain.

Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru apabila saya dewasa kelak. Oleh itu saya terpaksa belajar dengan bersungguh-sungguh supaya boleh lulus dalam peperiksaan.
Back to Top