-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Guru Kelas saya

Guru Kelas saya bernama Cikgu Lim Mei Kee. Beliau adalahj seorang guru wanita yang berbangsa Cina.Cikgu Lim berbadan tinggi lampai dan beliau bercermin mata.

Cikgu Lim mengajar kami Bahasa Cina dan Matematik. Beliau adalah seorang guru yang rajin,baik hati, dan bertanggungjawab. Beliau mengajar kami dengan penuh kesabaran dan selalu membantu murid-murid yang kurang pandai. Kadang-kadang Cikgu Lim meluangkan masa untuk membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran tanpa mengutip sebarang bayaran. Sifat dedikasinya amat saya sanjungi.

Cara mengajar Cikgu Lim sangat menarik dan mudah faham. Beliau selalu menggunakan kaedah berlakon. Ini adalah kaedah pengajaran yang berkesan dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Cikgu Lim tidak pemah merotan kami. Bila kami melakukan kesalahan, beliau akan menasihati kami dengan penuh kesabaran.

Kami berasa seronok dan selesa dengan pengajaran Cikgu Lim. Di bawah pitnpitian Cikgu Lim, disiplin dan keceriaan kelas kami semakin baik. Kami berharap Cikgu Lim akan terus mengajar kami sehingga tahun enam.

Back to Top