-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Sekolah Saya

Saya belajar di sebuah sekolah yang besar. Nama sekolah saya ialah SJK(C) Chung Hwa. Sekolah saya terdiri daripada lima blok bangunan dua tingkat.

Di sekolah saya terdapat pelbagai jenis kelengkapan seperti perpustakaan, kantin, bilik komputer, bilik muzik, bilik pergigian, dan bilik pusat sumber. Terdapat sebuah padang yang besar di bahagian belakang sekolah. Murid-murid menjalankan Pendidikan Jasmani dan gerak kerja kokurikulum di sini. Kantin sekolah saya menyediakan pelbagai jenis makanan yang bersih dan sedap. Harganya juga tidak mahal. Semua makanan di sini adalah halal.

Sekolah saya mempunyai lebih daripada 2000 orang murid dan 68 orang guru. Guru-guru di sekolah saya rajin-rajin belaka. Mereka mengajar murid-murid dengan teliti dan bersungguh-sungguh.

Sekolah saya ialah sebuah sekolah yang cantik, ianya dipagari dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang berwarna-warni. Udara di sini nyaman dan suasana di sekeliling pula tenteram. eadaan sebegini amat sesuai untuk murid-murid belajar.

Saya berasa untung kerana dapat belajar di sekolah ini kerana sekolah ini lengkap dengan pelbagai kemudahan. Guru-guru di sini herpengalaman dan berkualiti. Saya cintakan sekolah saya.

Back to Top