-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Bapa Saya

Nama bapa saya Tan Kim Chui, umurnya 50 tahun. Bapa saya\ berbadan tegap dan bercermin mata. Kawannya menggelarnya "Empat mata".

Bapa saya ialah seorang mekanik. Tiap-tiap pagi, dia pergi ke bengkelnya selepas bersarapan. Dia akan bekerja sehingga waktu senja. Kadang-kadang bapa akan balik awal kalau kerjanya diselesaikan lebih awal.

Walaupun bapa saya sibuk bekerja tetapi dia tetap mengambil berat tentang pelajaran kami empat beradik. Setiap malam, bapa akan menetapkan masa untuk kami mengulang kaji pelajaran. Pada masa itulah dia akan memeriksa kerja sekolah kami. Kami hanya dapat menonton televisyen setelah menyelesaikan semua kerja sekolah.

Bapa saya seorang yang peramah dan suka menolong. Apabila jiran atau penduduk kampung memerlukan pertolongan, bapa pasti , akan membantu mereka.

Hobi bapa saya ialah bermain ping pong. Bila ada masa lapang, dia akan bermain ping pong bersama kawannya. Bapa saya ialah seorang pemain ping pong yang handal. Dia pemah mewakili daerah kami untuk menyertai kejohanan ping pong terbuka Negeri Pahang dan telah mendapat tempat kedua.

Bapa saya sangat sayang kepada kami. Bila ada masa lapang, dia tentu akan membawa kami sekeluarga melancong ke tempat-tempat peranginan. Saya berasa bertuah kerana mempunyai seorang bapa yang bertanggungjawab, baik hati dan peramah. Saya amat berterima kasih kepada bapa saya kerana memberi saya sebuah kehidupan yang bahagia.

Back to Top