-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Diri Saya

Nama saya Kai Wen. Saya seorang budak lelaki yang berbangsa Cina. Umur saya dua belas tahun. Badan saya gemuk dan tinggi. Kawan saya memanggil saya "Gergasi". Itulah yang membuatkan saya berasa kurang senang. Bila mendengar gelaran ini, saya akan menjadi marah. Rambut saya keriting dan kulit saya hitam.

Saya belajar dalam Tahun 6 Melur di sebuah sekolah rendah iaitu SJK(C) Kai Chin. Dalam kelas, saya ialah seorang budak yang aktif. Saya telah banyak kali mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita dan berpidato. Selain itu, saya juga aktif dalam bidang sukan. Badan saya yang kuat itu membolehkan saya mengambil bahagian dalam acara lontar peluru.

Keluarga saya ialah keluarga yang kecil. Saya ialah satu-satunya anak dalam keluarga. Oleh itu, ibu bapa saya sangat sayangkan saya. Walaupun demikian, mereka tidak terlalu manjakan saya. Bapa saya seorang kerani di sebuah sekolah menengah dan ibu saya pula seorang pekerja kilang.

Hobi saya ialah membaca buku cerita. Bila ada masa sahaja, saya akan pergi ke perpustakaan sekolah untuk meminjam buku. Dalam seminggu saya membaca sekurang-kurangnya sepuluh buah buku cerita. Saya berasa terhibur semasa membaca buku cerita.

Kehidupan sebagai seorang anak tunggal agak sepi kerana tidak mempunyai adik-beradik yang lain. Sejak bersekolah, saya tidak berasa kesunyian lagi kerana saya dapat bergaul dengan kawan-kawan di sekolah. Selepas waktu persekolahan, saya sering membuat kerja sekolah atau bermain dengan kawan karib saya, Ah Chong. Ah Chong juga ialah jiran saya.

Saya berjiwa besar. Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor pakar. Semoga cita-cita saya akan tercapai.


Back to Top