Karangan Fakta UPSR
Setiap individu harus mempunyai cita-cita.
Huraikan kepentingan memiliki cita-cita dalam kehidupan.
Kamu ingin menjadi seorang doktor atau kamu ingin menjadi seorang juruterbang? Soalan tentang cita-cita sering ditanyakan sejak kamu kecil. Jadi, apakah kepentingan memiliki cita-cita kepada seseorang individu?
Antara keistimewaan jika seseorang individu memiliki cita-cita ialah cita- cita menjadi pendorong atau pembakar semangatnya dalam mengharungi kehidupan. Misalnya, jika seseorang bercita-cita untuk menjadi doktor, sudah tentu dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya itu.
Kepentingan kedua memiliki cita-cita ialah seseorang telah bersedia dan tahu apa yang akan dilaluinya pada masa hadapan. Sebagai contoh, bagi seseorang yang bercita-cita hendak menjadi pemain badminton profesional, sudah pasti dia akan menjadikan minat itu sebagai suatu kenyataan.
Selain itu, individu yang mempunyai cita-cita adalah lebih baik daripada individu yang tidak mempunyai cita-cita atau tidak pasti akan cita-citanya. Individu yang mempunyai cita-cita memiliki keyakinan yang tinggi terhadap kejayaannya pada masa depan.
Individu yang mempunyai cita-cita juga akan terhindar daripada pengaruh negatif rakan-rakan. Mereka tidak berminat untuk bergaul dengan rakan sebaya yang sedemikian. Idola mereka terdiri daripada tokoh yang berjaya.
Justeru, gilaplah cita-cita, kamu pasti akan berjaya! Kejarlah cita-cita kerana cita-cita tidak datang kepada kita dengan sendirinya.