Contoh Karangan PT3
Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam
Isu-isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam kerap dibincangkan oleh orang ramai. Hal ini kerana pengangkutan awam amat penting dalam kehidupan orang ramai, terutama di bandar raya Kuala Lumpur. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu membina lebih banyak kemudahan pengangkutan awam supaya lebih ramai rakyat yang menggunakannya. Terdapat beberapa kebaikan jika kita menggunakan pengangkutan awam seperti bas, teksi, kereta api dan kapal terbang.
Antara kebaikan menggunakan pengangkutan awam ialah kita akan dapat menjimatkan perbelanjaan. Dengan menaiki bas, kita juga akan dapat menjimatkan perbelanjaan minyak kenderaan. Sesungguhnya, harga petrol dan diesel pada masa sekarang adalah tinggi. Kita juga tidak perlu membuat bayaran tempat letak kenderaan kerana bayaran tempat letak kenderaan juga semakin tinggi.
Selain itu, kita juga dapat menjimatkan tenaga apabila menggunakan pengangkutan awam. Hal ini kerana kita tidak perlu mengeluarkan tenaga untuk memandu. Memandu kenderaan kadangkala amat meletihkan terutama di bandar-bandar besar kerana sering berlaku kesesakan lalu lintas. Dengan menaiki pengangkutan awam, badan kita akan lebih bertenaga apabila berada di tempat kerja.
Dengan menaiki pengangkutan awam juga, kita akan lebih selamat. Hal ini kerana kenderaan yang kita naiki adalah lebih besar daripada kenderaan kita. Jika berlaku sebarang kemalangan, kita pasti lebih selamat jika dibandingkan dengan menaiki kenderaan sendiri. Kita juga tidak perlu memikirkan keselamatan kenderaan kita apabila kita meletak kenderaan di tempat letak kenderaan.
Di samping itu, dengan menggunakan kemudahan awam, kita tidak perlu lagi membeli kenderaan sendiri. Pada masa kini harga kenderaan seperti kereta adalah tinggi. Oleh itu, kita boleh menggunakan wang pendapatan bulanan kita untuk membeli keperluan asas lain yang lebih penting seperti rumah, pakaian dan makanan. Kita juga boleh menggunakan wang tersebut untuk simpanan masa hadapan.
Kebaikan lain menaiki pengangkutan awam ialah kita dapat menjimatkan masa. Contohnya, jika kita memandu kenderaan sendiri, masa yang diperlukan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu adalah selama tujuh jam. Jika kita menaiki kapal terbang pula, masa yang diperlukan adalah satu jam sahaja. Justeru, kita boleh menjimatkan masa selama enam jam jika menggunakan pengangkutan awam.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan jika kita menggunakan pengangkutan awam. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlulah menggunakan pengangkutan awam yang disediakan oleh kerajaan. Pada pendapat saya, mutu perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan lagi untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam. Kewujudan pengangkutan awam yang canggih dan selesa di bandar raya Kuala Lumpur pasti akan menarik lebih ramai pengguna sekaligus menaikkan imej negara.