Contoh Karangan UPSR
Permainan yang Paling Saya Gemari
Terdapat pelbagai jenis permainan dalam dunia kita yang kian maju ini. Permainan yang terkini pula ialah permainan komputer. Inilah permainan baru yang amat diminati generasi muda. Permainan terbahagi kepada permainan yang sihat dan permainan yang tidak baik. Pandai-pandailah kita memilih permainan kerana permainan yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada kita dan kalau kita terjerumus dalam permainan yang tidak sihat, maka mudaratlah masa hadapan kita.
Permainan yang paling saya gemari ialah bermain badminton. Saya memilih permainan ini kerana bermain badminton memang minat saya sejak kecil lagi. Tambahan pula, permainan ini juga dapat menyihatkan badan dan mencergaskan anggota badan kita. Otak kita akan menjadi cerdas kalau kita selalu bersenam.
Saya selalu mengisi masa lapang saya dengan bermain badminton. Dengan ini diharapkan badan saya akan menjadi sihat dan otak saya menjadi cergas. Bila ada masa lapang, saya selalu mengajak kawan-kawan saya untuk bermain badminton. Kami bermain di tepi rumah. Kadang-kadang kami bermain di gelanggang badminton di sekolah.
Baru-baru ini saya telah dipilih sebagai wakil pemain badmin¬ton pasukan sekolah. Saya berasa sangat bangga dan berjanji akan berlatih dengan bersungguh-sungguh supaya dipilih sebagai wakil daerah. Semoga dengan usaha saya, keazaman saya akan tercapai.