-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR

Rancangan Cuti Sekolah

Cuti sekolah menjelang tiba lagi. Saya berasa amat gembira sekali. Saya dan kawan-kawan saya telah mengaturkan rancangan-rancangan pada cuti sekolah. Rancangan itu diatur agar cuti sekolah kami dapat dihabiskan dengan lebih berfaedah.

Pada minggu pertama, kami akan menginap di rumah Ahmad. Kami akan menolong ayah Ahmad di kebunnya. Ayah Ahmad berjanji akan memberi upah kepada kami iaitu RM8.00 sehari. Wang itu akan saya simpan untuk membeli buku-buku rujukan.

Pada minggu kedua, kami akan menjalankan aktiviti-aktiviti riadah. Mula-mula kami akan membuat layang-layang untuk dimainkan pada hari- hari yang berangin di kawasan lapang. Lepas itu, kami akan bermain kasut roda di taman permainan. Kami juga akan mendaki gunung bersama keluarga Chong Seng pada hujung minggu.

Minggu ketiga telah kami rancang untuk mengulang kaji pelajaran. Kami akan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan awam. Kami memilih tempat ini kerana suasananya yang senyap itu sesuai untuk belajar. Di samping itu, kami juga boleh membuat rujukan dengan buku-buku di sini sekiranya menghadapi masalah dalam pelajaran. Kami terpaksa membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang akan diadakan selepas cuti sekolah ini.

Itulah rancangan cuti sekolah saya pada cuti semester yang akan datang tidak lama lagi. Saya berharap rancangan cuti sekolah saya dapat dijalankan dengan lancar.
Back to Top