-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR

Berkhemah di Tepi Pantai

Peperiksaan sekolah telah berlepas, beberapa orang rakan sedarjah saya telah merancang untuk berkhemah. Setelah berbincang, kami dengan sebulat suara memilih Pantai Merdeka sebagai destinasi kami. Ini adalah disebabkan oleh pantai itu dekat dengan rumah kami. Sebanyak 20 orang murid mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.

Setelah berkemas, kami pun bertolak dengan menaiki bas. Kami ditemani oleh abang Khairul dan abang Samsul. Dengan perasaan yang sungguh ghairah, kami menjenguk-jenguk dari tingkap bas sebelum tiba.

Bila sampai ke sana, kami pun mula membahagikan kerja. Ada yang mendirikan khemah, ada yang mencari kayu api, ada pula yang mendirikan pagar buluh di sekeliling khemah. Bila kerja sudah siap, kami pun terjun ke dalam laut. Kami bermandi-manda sambil bermain bola dalam air laut yang sejuk itu.

Setelah puas mandi, kami pun menanak nasi dan menjerang air untuk memasak sup. Masakan kami tidak sesedap masakan ibu di rumah. Namun kami juga makan dengan gelojohnya kerana kelaparan. Malam itu kami memetik gitar sambil menyanyi beramai- ramai. Ada pula yang menari-nari dan berlawak-jenaka.

Setelah letih kami pun tidur dalam khemah. Angin yang menderu-deru menyebabkan kami berasa kesejukan dan khuatir. Jangan-jangan khemah kami dirobohkan oleh angin yang kencang itu. Oleh kerana kesejukan, kami memakai sarung kaki dan berselimut tebal. Kami tidak dapat tidur dengan lena kerana tidak membawa tilam.

Selama tiga hari di Pantai Merdeka, hidup kami sungguh riang dan seronok. Kehidupan di sini berbeza dengan keadaan di rumah. Pengalaman berkhemah di pantai membawa kenangan yang manis dalam kehidupan kami.
Back to Top