-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR

Sehari di Kebun

Hari ini hari Ahad, saya tidak bersekolah dan ayah pula cuti. Pagi-pagi lagi, ayah bercadang membawa kami sekeluarga pergi ke rumah bapa saudara saya. Bapa saudara saya ialah seorang pekebun.

Selepas dua jam, kami pun sampai di rumah bapa saudara. Bapa saudara menyambut kami di pintu pagarnya kerana dia tahu kami akan datang ke rumahnya melalui telefon. Setelah minum teh dan makan kuih yang disediakan oleh emak saudara, kami pun berjalan menuju ke kebunnya di tepi rumah mereka.

Kebun bapa saudara saya agak besar, iaitu kira-kira dua relung. Bapa saudara telah menanam pelbagai jenis sayur di kebunnya. Ada kangkung, sawi, kacang panjang, terung, dan kacang bendi. Saya dan kakak menolong bapa saudara memetik kacang panjang. Kacang panjang yang dipetik itu dimasukkan ke dalam bakul buluh. Setelah ditimbang, bakul itu diikat dengan tali. Ayah menolong bapa saudara memuatkan bakul-bakul yang penuh berisi sayur itu ke atas lori. Lori itu akan membawa sayur-sayuran tersebut ke pasar untuk dijual kepada gerai-gerai sayur.

Pada waktu tengah hari, kami berhenti rehat sambil menikmati makanan yang dimasak oleh emak saudara saya. Sungguh lazat makanan itu, mungkin kami telah terlalu lapar. Kami menghabiskan semua makanan yang ada. Lepas makan, kami pun mencabut rumput yang tumbuh di atas batas.

Letih sungguh bekerja di kebun. Sekarang, barulah saya sedar kerja pekebun amat berat dan meletihkan. Setelah makan malam, kami pun pulang. Malam ini saya pasti lena. Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman bekerja di kebun sayur.
Back to Top